• Alfafa Atasi Masalah Bau Badan

    Badan Berbau? Masalah badan berbau ini memang sangat kronik kerana ianya akan menyebabkan orang lain tidak suka berada hampir dengan kita. Dari sudut psikologi pula, kita mudah  merasa rendah diri dan suka menyendiri kerana bimbang menjadi bahan perlian atau bualan. Paling membimbangkan lagi, ada di antara mereka yang langsung tidak menyedari yang mereka ini mempunyai masalah bau badan yang kuat sekiranya tidak diberitahu oleh orang lain.

    Masalah Badan Berbau Sering Terjadi Kepada Sesiapa Sahaja

    Kenalpasti Dan Fahami Punca Masalah Bau Badan

    Hakikatnya kita semua mempunyai bau badan yang tersendiri apabila berpeluh. Yang membezakan adakah bau tersebut normal atau pun peluh yang berbau kuat.  Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh untuk mengeluarkan toksin (bahan perkumuhan) daripada badan. Selain kulit, dua organ lain yang menyingkirkan perkumuhan daripada tubuh manusia ialah paru-paru dan buah pinggang.

    Liang Peluh dan Struktur Kulit Manusia

    Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

    Berpunca dari Bakteria
    Peluh yang keluar daripada kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

    Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta di bahagian sulit manusia. Kelenjar ini mengandungi sebum dan bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di bahagian ini, bakteria lebih mudah memecah masuk protein di dalam rembesan peluh tidak seperti di kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

    Berpunca dari Toksin di dalam Badan
    Bau badan juga boleh berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. Pengambilan makanan harian akan digunakan untuk tubuh, selebihnya akan ditukar ke dalam bentuk bahan buangan (toksin).

    Atas sebab tertentu seperti sembelit dan apabila  apabila sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk.

    Pengambilan Kafein dan Makanan Berempah Secara Berlebihan
    Pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan makanan berempah berlebihan juga boleh menyebabkan risiko bau badan di bahagian ketiak dan kaki. Sehubungan itu, elakkan makanan tinggi choline yang berlebihan seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

    Faktor Kesihatan & Genetik
    Faktor kesihatan juga boleh menyumbang kepada bau badan seperti individu yang mengalami masalah hati, ginjal, kurang gula dalam darah, jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai sebarang masalah bau badan mengalaminya secara tiba-tiba. Selain itu, badan berbau juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

    Tips Atasi Bau Badan

    • mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari dan gunakan sabun yang bersesuaian.
    • pilih pakaian draipada jenis cotton (kapas) dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
    • cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian ketiak dan alat sulit dengan kerap.
    • jaga pemakanan- elakkankan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.
    • pemakaian deodoran yang mengandungi bahan antiseptik. Ianya amat membantu walaupun tidak dapat menjamin penghilangan bau sepenuhnya.


    Alfafa Atasi Masalah Bau Badan

    Alafa Complex

    Ketahui Fungsi Alfalfa Untuk Mengatasi Masalah Bau Badan

    • Detoksifikasi : Alfalfa berfungsi untuk menyingkirkan dan menghilangkan toksin dari dalam badan secara semulajadi.
    • Kaya Serat : kandungan serat yang tinggi dalam Alfalfa dapat membantu pelawasan dan proses penghadaman yang baik.
    • Pembersih : membantu menghilangkan bau badan dengan cara mencuci hati, darah dan usus dengan sempurna.
    • Anti Kulat : bertindak sebagai penghilang bau  semulajadi kerana kandungan klorofil dalam Alfalfa dapat membunuh bakteria dalam badan dengan berkesan.

    Istimewanya  lagi, kajian klinikal telah membuktikan bahawa Alfalfa bukan sahaja dapat memperbaiki masalah bau badan namun pengambilan Alfalfa dalam jangka masa panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Baca tentang kelebihan Alfafa di sini. 
    Dapatkan Alfafa Complex  Hari Ini dan Hilangkan Bau Yang Tidak Menyenangkan.
    (Visited 173 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: ,

    6 thoughts on “Alfafa Atasi Masalah Bau Badan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge