• Anak Tak Suka Gosok Gigi? Jom Cuba Tips Ini :-)

    Salam semua ~

    Hari ini Mek ila nak kongsikan beberapa tips untuk membuatkan anak-anak kita suka menggosok gigi. Maklumlah kanak-kanak ni memang susah nak gosok gigi. Gigi-gigi mereka yang comel dan putih bersih tu sebenarnya akan mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul.

    Gosok Gigi

    Bagaimana Kerosakan Gigi Terjadi? 

    Sekiranya gigi tidak dibersihkan dengan cara yang betul, plak akan terbentuk. Gula yang berada di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak. Pembersihan gigi susu bayi harus dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun bayi hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Pada peringkat awal, ibu-ibu boleh menggunakan kain lembut yang bersih untuk membersihkan gigi bayi atau menggunakan berus gigi yang khas untuk gigi susu.

    Berus gigi pertama Arif dan Akmal.

    Tips 1: Berus Gigi Bersama-Sama

    Berus gigi bersama-sama ini boleh dibuat menggunakan Berus gigi yang dicipta khas di mana ianya mempunyai pemegang yang panjang di mana ibu bapa boleh menggosok gigi anak bersama-sama. Bahagian yang panjang tersebut boleh dipegang oleh ibu bapa manakala pemegang yang ditengah-tengah dipegang oleh anak seperti biasa.

    Berus Gigi

    Tips 2: Berus Gigi Beramai-Ramai.
    Jadikan aktiviti memberus gigi dibuat secara rutin dan  beramai-ramai. Sebagai contoh ayah boleh menggosok gigi bersama anak-anak. Ayah dan anak juga boleh saling tolong menolong di dalam menggosok gigi. Setelah selesai, bolehlah cek di cermin dan tengok gigi siapa yang paling bersinar. Ini adalah antara cara yang paling mudah untuk dipraktiskan. Baby Akmal biasanya akan ‘request’ untuk turut menggosok gigi apabila melihat abangnya Arif dan papanya menggosok gigi.

    Tips 3: Pilih Berus Gigi Yang Comel, Menarik dan Mudah Dipegang
    Berus gigi yang comel dan mempunyai corak yang menarik juga mampu membuatkan si kecil bersemangat untuk menggosok gigi. Jadi pilihlah berus gigi yang disukai oleh anak-anak. Sebagai contoh Arif sangat suka akan berus gigi songebob dan spiderman nya.

    Antara berus gigi yang comel, menarik dan mudah dipegang oleh tangan si comel

    Tips 4: Dedahkan Anak-Anak Kepada Kelebihan Menggosok Gigi

    • Dedahkan kelebihan menggosok gigi melalui video yang menarik seperti Video Upin & Ipin yang menceritakan tentang penjagaan Gigi. Video Ini Bertajuk Gosok Jangan Tak Gosok. 
     
    • Bawa anak berjumpa Doktor Gigi. Anak-anak biasanya lebih mudah menerima nasihat dan penerangan daripada doktor gigi berbanding daripada ibu dan ayahnya.
    Bawalah anak-anak berjumpa Doktor Gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali

    Tips 5: Gosok Gigi Bersama-sama Video
    Ajaklah anak menggosok gigi bersama-sama video yang comel ini.  Video ini bertajuk: (Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush PSA)

    Tips 6: Selalulah Puji Gigi Anak
    Sentiasalah memberi pujian apabila anak berjaya menggosok giginya dengan betul. Sebagai contoh: ‘Pandainya adik gosok gigi, gigi pun cantik dan putih.’ Anak-anak pasti bersemangat apabila mendengar pujian daripada orang-orang yang disayanginya.

    Selain memuji, teknik teguran yang membina juga boleh dipraktiskan seperti ‘Eh gigi abang ni ada kuning sikit lah, kalau gosok betul-betul mesti bersih macam yang sebelah ni’.

     Selamat Mencuba!

    (Visited 1,109 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags: , ,

    6 thoughts on “Anak Tak Suka Gosok Gigi? Jom Cuba Tips Ini :-)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge