• Belajar Piano di Semenyih

    Salam semua ūüôā

    Siapa di antara pembaca semua yang pandai main piano?  Alkisahnya memang dari dulu saya berhasrat untuk menghantar Arif ke kelas piano.

    Sebelum ini kami sekeluarga tinggal di Sungai Merab, jadi kelas piano yang terhampir adalah di Yamaha Music School, Alamanda Putrajaya. Tapi sayangnya pada awal tahun ini, kelas untuk pelajar 4 tahun dibatalkan kerana ketiadaan guru. Jadi tak dapatlah Arif nak belajar main piano.

    Ingat lagi tentang kisah Mee Kuning Halal di Semenyih?
    Saya memang selalu singgah di kedai ini untuk membeli mee kuning setiap minggu. Entah macam mana, tiba-tiba ternampak Kedai Music WKV ini. Terus saya tanyakan pada Arif, Arif nak belajar main piano lagi tak? Terus Arif jawab, ‘Nak, Nak’¬† sambil tersenyum gembira.

    Kita Survey Dulu.

    Saya pun pergilah survey bersama Arif. Berita baiknya, kelas ni memang terima pelajar seawal usia 4 tahun. Yurannya pun agak berpatutan iaitu RM100 sebulan untuk 4 kelas (30 minit setiap sesi) atau RM160 sebulan untuk 4 kelas (1 jam setiap sesi). Yang bagusnya ini adalah kelas perseorangan di mana seorang cikgu akan mengajar seorang pelajar dalam satu masa.

    Kelas Pertama Arif

    Hari Rabu yang lepas bermulalah kelas piano Arif yang pertama. Subjek pertama yang Arif belajar ialah mengenali Note C dan seterusnya menekan Note C menggunakan jari pertama (ibu Jari). Memang penyabar juga cikgu ni, ajar Arif berulang-ulang hingga Arif mampu mengenali Note C di 7 tempat yang berbeza.

    Sebenarnya saya sendiri tidak pernah main piano. Pegang piano pun tak pernah, hihi  tapi saya percaya pelajaran muzik ini adalah sebagai nilai tambah kepada Arif untuk menjadi lebih berkeyakinan dan mempunyai kemahiran yang lebih berbanding daripada apa yang boleh dipelajari di sekolah.

    Kelebihan Belajar Muzik
    Memetik kajian yang dibuat oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw  menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

    Kertas Kajian Yang Dibuat Oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw Tentang Kelebihan Muzik Kepada Kanak-Kanak

    Selain daripada itu, muzik juga dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Muzik juga menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf dan salah satu cara mudah untuk kanak-kanak menghafal  ABC ialah melalui lagu. .

     Kertas kajian penuh ini boleh di baca di sini

    Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anak juga berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Pemahaman yang diperlukan untuk kanak-kanak memahami nota dan kod lagu akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih bijak. Ini kerana, apabila bermain muzik, otak kiri dan otak kanan akan dirangsang sepenuhnya.

    Selain itu, muzik juga membantu merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Bagaimanapun, pembelajaran muzik yang dimaksudkan untuk anak-anak bukanlah pelajaran berbentuk sukar yang boleh memberi tekanan atau melampaui keupayaan anak-anak hingga boleh menimbulkan kesan yang negatif. 

    So sekarang, Jadual Arif untuk 5 hari dah penuh. Mengaji, Mengaji, Main Piano, Mengaji, Mengaji¬† ūüôā

     

    (Visited 359 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih, Family Arif

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge