• Cara ‘ Clearkan Memory Tersembunyi Note Samsung’ ~

    Salam semua,

    Ramai tak di antara pembaca semua yang guna Samsung Galaxy Note? Mek ila juga adalah salah seorang pengguna setia Samsung Galaxy Note 1 sejak 3 tahun yang lalu. Memang sayang pada Note ni sebab banyak jasanya. Lebih-lebih lagi Note ini merupakan hadiah daripada suami sempena hari lahir  Mek ila yang ke 20. Eh, betul ke 20? hihi 🙂

    Samsung Galaxy Note 1

    Sayangnya selepas 2 tahun digunakan, phone memory (internal memory)  Note ini seperti penuh walaupun tidak banyak aplikasi yang Mek ila install. Akhirnya Mek ila mengambil keputusan untuk format Note ini dan hasilnya phone memory kembali normal.  Mek ila juga menukar external SdCard kepada GB yang lebih besar. Semua fail dan gambar juga Mek ila pindahkan ke external SdCard.

    Selang beberapa bulan, phone memory kembali penuh walaupun tiada aplikasi baru yang Mek ila install. Memang pening dibuatnya, sampaikan Mek ila ‘disable dan clear memory bagi built-in’ aplikasi. Hasilnya masih juga sama sampaikan suami kata ‘Note sayang ni ada virus agaknya’. Dalam hati memang dah fikir nak beli phone baru sahaja yang lebih simple.

    Hari ni tiba-tiba dapat mesej dari suami untuk delete dumpsatet/logcat dengan cara ini. Sebelum proses ini dibuat, memory phone Mek ila memang dah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja iaitu sebanyak 152MB. Emel dan notifikasi facebook pun biasanya dah tak masuk ke ruangan notifications bila memory space terlalu rendah.

    Ok, Jom kita buat

    Di phone taipkan  *#9900# .  

    Skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih Delete dumpstate/logcat

    Klik Ok pada paparan mesej dan biarkan selama 1-2 minit

    Setelah seminit, bolehlah kembali menyemak phone memory tadi. Hasilnya memang ‘awesome’. See– dari 152Mb telah menjadi 1.5GB. Memang banyak sangat memory yang terlekat di Note Mek ila sejak digunakan tiga (3) tahun yang lalu.

    Hasil setelah proses Delete dumpstate/logcat dibuat

    Jadi kepada pengguna samsung Note khususnya dan pengguna android amnya bolehlah mencuba cara ini untuk membersihkan sebarang memory tersembunyi atau sytem log yang memenuhkan memory telefon anda.

    p/s: Alhamdulillah, tak perlulah beli phone baru nampaknya 🙂

    Salam sayang;

    Mek ila adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada Mek ila !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Mek ila:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    (Visited 2,225 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags:

    7 thoughts on “Cara ‘ Clearkan Memory Tersembunyi Note Samsung’ ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge