• ESP Galakkan Penghasilan Susu

    Salam Sayang semua.

    Di dalam entry yang lepas, Mek ila ada kongsikan petua untuk tambah susu secara semulajadi dan penerangan tentang konsep asas penyusuan.  Semua maklumat ini adalah penting agar ibu-ibu yang menyusu faham tentang konsep demand and supply dan mendapat maklumat yang betul sebelum mengambil sebarang makanan tambahan yang berbentuk milkbooster.

    Adakah Ibu Yang Menyusukan Perlu Mengambil Makanan Tambahan Semasa Menyusukan Anak?
    Soalan ini pastinya sering bermain-main di minda kebanyakan para ibu dan Mek ila juga pada suatu ketika dulu. Pertanyaan ini juga pernah Mek ila  ajukan kepada Kaunselor Laktasi dan Pakar Pemakanan ketika mengikuti Kursus Insentif Penyusuan Susu Ibu selama 4 hari beberapa tahun yang lepas. Secara jujurnya jawapan pakar ialah ‘ Tidak Perlu, Jika Ibu Tadi Mengamalkan Diet Yang Seimbang dan Disyorkan Untuk Ibu-Ibu Menyusu’. Namun kebanyakan ibu memang tidak dapat memenuhi keperluan nutrien tambahan  ini kerana bukan mudah untuk mereka mematuhi diet pemakanan yang disarankan di atas pelbagai sebab seperti faktor masa, kesibukan dan sebagainya.

    Pengalaman Menyusukan Arif
    Percaya atau tidak, mek ila berjaya menyusukan Arif selama 2 tahun penuh tanpa sebarang pengambilan supplemen khusus untuk penyusuan. Rahsianya adalah sebab Arif sangat kuat menyusu terutamanya pada waktu malam. Boleh dikatakan Arif akan bangun menyusu sejam sekali dan tetap tidur sambil menyusu . Penyusuan kerap Arif telah menjadi demand yang berterusan dan susu Mek ila sentiasa banyak sehinggalah Arif genap 2 tahun. Semasa genap 2 tahun, stock EBM Arif  masih berbaki 100 botol dengan sukatan 50z setiap satu. Malah Mek ila terpaksa mendapatkan bantuan perubatan apabila susu masih banyak hingga menyebabkan bengkak susu dan demam selepas seminggu melalui proses wean off.

    Alhamdulillah, Arif dapat menyusu penuh sehingga 2 tahun

    Bagaimana pula tahap kesihatan Mek ila  semasa menyusukan Arif?
    Seperti yang telah Mek ila terangkan, Ibu yang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan bagi memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat dan nutrisi yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Sayangnya Mek ila tidak berjaya mengaplikasikan konsep ini sepenuhnya sehingga Arif 2 tahun. Apatahlagi kulit Arif agak sensitif, jadi banyak makanan seperti udang, ayam dan sotong yang tidak boleh Mek ila makan sehingga Arif berusia setahun lebih. Susu pun jarang-jarang minum, hasilnya memang badan saya mudah letih, cepat mengantuk, susah bangun pagi, selalu sakit belakang dan sering mengalami kebas kaki apabila duduk lama.

    Pengalaman Menyusukan Akmal
    Pengalaman menyusukan Akmal pula agak mencabar kerana Akmal hanya minum susu fresh dan tidak langsung mahu minum EBM sejak lahir hinggalah Akmal berusia setahun 8 bulan sekarang. Sudahnya susu EBM Mek ila yang banyak itu sekali lagi menjadi rezeki kepada anak susuan. Adakalanya bekalan susu seperti kurang cukup kerana Mek ila perlu maintain penghasilan susu pada setiap hari. Kata orang ‘ perah hari ini untuk esok’. Akmal pula jenis yang tidak kuat menyusu malam, jadi secara automatiknya demand susu juga agak berkurangan berbanding Arif dahulu.

    Milkbooster Shaklee
    Terdapat dua produk Shaklee yang membantu di dalam menggalakkan pengeluaran Susu iaitu ESP dan Alfafa. Pada hari ini, Mek ila akan terangkan dulu tentang ESP, kerana Mek ila juga telah mencubanya. Sebagai penjual, memang wajib  kita cuba dulu sebelum mengesyorkannya kepada para pelanggan.

    Secara jujurnya, Mek ila mengambil keputusan untuk mencuba ESP kerana khasiatnya yang sangat banyak dan tidak terhad kepada milkbooster sahaja. Kata orang 10 in 1. Untuk tambah pengeluaran susu pun ye, untuk kesihatan pun ye, untuk kecantikan pun ye 🙂

    Jom kita tengok antara testimoni rakan-rakan yang lain tentang keberkesanan ESP sebagai milkbooster.

    Testimoni dari Puan Nurul Azfa
    Testimoni dari Puan Linda
    Testimoni dari Puan Norul
     
    Wah, Memang Best Kan. Jangan Tunggu Lagi, Dapatkan ESP Anda Hari Ini.

    Mek ila adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik  !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Mek ila:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    (Visited 131 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    One thought on “ESP Galakkan Penghasilan Susu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge