• Masalah HB Rendah dan Anemia Ketika Mengandung

    Salam semua.
    Hari ini saya akan berkongsi satu lagi maklumat kesihatan yang amat penting untuk ibu-ibu mengandung iaitu berkenaan HB (Hemoglobin) Rendah semasa Hamil. Bacaan HB Rendah ini adalah petunjuk bahawa ibu-ibu mengalami masalah Anemia (Kekurangan Zat Besi).

    Kepentingan Zat Besi
    Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, kuantiti zat besi yang diperlukan oleh ibu  meningkat sehingga 18mg ke 27mg berbanding 15mg sehari sebelum hamil.

    Perbezaan Sel Darah Normal dan Pesakit Anemia

    Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita dikatakan sering tidak memiliki bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan atau sebelum mengandung lagi. Oleh yang demikian, badan mereka biasanya tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya untuk diri sendiri dan kandungan terutamanya apabila memasuki trimester 2 dan 3 kehamilan.

    Risiko ibu untuk mendapat anemia juga meningkat jika ibu mengalami:

    • Morning sickness yang teruk. Baca lebih lanjut tentang Morning Sickness di sini.
    • Kehamilan kembar (melebihi daripada seorang bayi)
    • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
    • Pengambilan diet harian yang kurang zat besi

    Bilakah ibu-ibu dikatakan mengalamai masalah Anemia ini?
    Ibu-Ibu dikatakan mengalami Anemia apabila bacaan ujian darah HB adalah kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian Darah ringkas ini akan dijalani oleh ibu-ibu ketika menjalani pemeriksaan antenatal di Klinik kesihatan atau di Hospital.  Sebenarnya adalah agak normal jika bacaan HB ibu sedikit rendah ketika mengandung kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah ibu yang mencairkan sel-sel darah merah. Doktor akan memberikan pil zat besi jika tahap HB ibu turun ke tahap yang rendah.

    Pil Zat Besi Yang Sering Diberikan Kepada Ibu Mengandung Yang Mengalami Masalah HB Rendah

    Walaubagaimanapun,  pengambilan pil zat besi tambahan  juga mempunyai kesan sampingan iaitu ianya boleh mengundang kepada masalah sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut.  Jika kesan sampingan tersebut menjadi masalah serius, mintalah bantuan doktor untuk memberikan pil zat besi jenama lain atau mengurangkan dos yang perlu diambil kerana dos yang rendah adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

    Mengambil pil zat besi bersama-sama vitamin C juga sangat digalakkan kerana vitamin C diketahui dapat meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam badan. Pengambilan pil zat besi bersama pil kalsium, susu atau  minuman berkafein perlu dielakkan kerana ianya akan menghalang penyerapan zat besi secara optimum. Pengambilan bahan-bahan ini perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas pengambilan pil zat besi. 
     
    Kesan Kekurangan Zat Besi

    Ibu hamil yang mengalami anemia sering merasa:

    • Letih
    • Lemah
    • Pening
    • Pucat
    • Jantung berdegup laju
    • Semput atau nafas pendek
    • Sakit kepala
    • Sukar fokus
    Anemia boleh menyebabkan ibu hamil sering pening, letih dan sakit kepala

    Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu. Namun demikian, anemia yang tidak dikawal semasa hamil boleh membawa kesan kepada bayi seperti berikut:

    • Bayi lahir tidak cukup bulan
    • Bayi lahir kurang berat
    • Bayi mati di dalam kandungan (stillbirth)
    • Ibu tumpah darah semasa bersalin
    • Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression)
    • Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran
    • Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.

    Makanan Kaya Zat Besi

    Bagi mengatasi masalah HB rendah ini, ibu mengandung digalakkan untuk meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 
    Makanan Kaya Zat Besi – Kredit RawFor Beauty
    Vitamin C membantu badan  menyerap zat besi secara maksimum. Oleh yang demikian, ibu-ibu digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan kandungan Vitamin C seperti  jus oren  semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu penyerapan zat besi yang maksimum.

     
    Pil Zat Besi Shaklee

    Dalam mencari pil zat besi tambahan yang baik dan berkualiti, salah satu alternatif yang ternyata berkesan dalam menangani masalah anemia sewaktu hamil ialah Vitalea Shaklee dengan Formulasi Zat Besi. 

    Bukan sekadar  mengandungi zat besi, Vita-Lea ini dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa terutamnya ibu-ibu hamil. Tidak seperti multivitamin lain di pasaran yang tidak sesuai diamalkan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang, Vita-Lea amat sesuai dimakan pada setiap hari. 

    Kandungan Vitalea  
    Vitalea mengandungi bekalan zat besi, Vitamin C dan Asid Folic harian yang mencukupi bagi ibu Hamil (Berdasarkan pengambilan 2 tablet sehari)
     

    Selain mampu memenuhi keperluan nutrisi harian ibu hamil, formulasi tambahan zat besinya ternyata telah berjaya membantu ramai ibu hamil untuk menaikkan semula bacaan hemoglobin masing-masing.  Cubalah dan lihatlah hasilnya sendiri.

    Dapatkan Vitalea Anda Hari Ini 
    (Visited 442 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge