• Masalah Keputihan Wanita ~

    Keputihan

    Masalah keputihan merupakan masalah yang kerap dialami oleh wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Namun ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dia menghadapi masalah keputihan kerana menganggapnya ia adalah sesuatu yang normal.

    Bahaya Keputihan Untuk Vagina

     
    Kenali Jenis-Jenis Keputihan 
    (Sumber: MyHealth Portal)

    Keputihan Fisiologis
    Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan fisiologis adalah normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini.
     
    Keputihan Patologik
    Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
    Bacterial Vaginosis antara jangkitan yang menyebabkan masalah keputihan

     

    Jadual di bawah  menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.
     

    Sifat
    Keputihan Fisiologis
    Keputihan Patologis
    Bentuk
    Lendir yang cair dan tidak melekat
    Lendir yang kental dan melekat
    Warna
    Berwarna putih atau krim
    Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
    Bau
    Tiada bau
    Berbau busuk
    Jumlah yang dikeluarkan
    Sedikit
    Banyak
    Kekerapan
    Semasa subur dan sebelum haid
    Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
    Petanda lain
    Tidak gatal
    Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
    Rawatan
    Tidak perlu
    Perlu rawatan yang segera

    Antara Penyebab Keputihan

    • Jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
    • Faktor pemakanan
      •  Pengambilan makanan yang manis dan tinggi kandungan gula boleh menyebabkan keputihan.
      • Pengambilan berlebihan buah-buahan seperti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyumbang kepada masalah keputihan.
    • Penggunaan tuala wanita dan panty liner
      • Tuala wanita dan panty liner perlu ditukar dengan kerap.
      • Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

     

    Atasi Keputihan Dengan Alfafa

    Walau apa pun jenis keputihan yang dihadapi, pastinya ia tidak boleh dibiarkan berlanjutan tanpa dirawat. Vitamin Alfafa Complex Shaklee membantu merawat keputihan dengan kesan lain yang sangat mengagumkan.

    Khasiat Alfafa Complex ~

    Jom kita tengok testimonial para pelanggan yang sangat berpuas hati dengan pengambilan alfafafa bagi merawat masalah keputihan~

    Dapatkan Alfafa Complex Anda Sekarang
    whatsapp Mek ila: 012-894343 untuk pembelian.
    (Visited 112 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    One thought on “Masalah Keputihan Wanita ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge