• Pengurusan Stress – Beban Segelas Air

    Hari ini Mek ila ingin kongsikan sebuah cerita yang diambil daripada  catatan lama tentang Pengurusan Stress @ Tekanan. Jom baca 🙂

    Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management.

    Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, “Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?” Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

    Jawapan Pensyarah

    “Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulan untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan bertambah”.

    “Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

    Kita harus meninggalkan beban itu seketika, agar kita dapat berehat, lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.  

    Kesimpulannya, apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali. Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! 

    Masih ingat lagi entry Mek ila  yang lepas tentang Kelebihan Bersyukur? Bacalah kembali & InsyaAllah, ada sesuatu yang akan anda perolehi.

     

     Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂
    (Visited 97 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags: ,

    2 thoughts on “Pengurusan Stress – Beban Segelas Air

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge