• Ketahui Perkara Tak Terduga Ketika Kelahiran Bayi Agar Mama & Papa Mampu Melaluinya

    Salam semua ~

    Hari ini Mek ila nak bercerita tentang topik persediaan menyambut kelahiran bayi daripada sudut yang agak berbeza. Saat kelahiran bayi memang sesuatu yang amat ditunggu-tunggu apatahlagi bagi mereka yang telah bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata.

    Persediaan menyambut kelahiran bayi bukan sahaja tertumpu kepada  menyediakan barangan keperluan bayi, kita juga sebenarnya amat digalakkan untuk mempersiapkan diri dari pelbagai aspek yang lain seperti mendalami ilmu keibubapaan, mempelajari cara-cara menjaga bayi dan juga persediaan dari aspek mental dan  fizikal. Persediaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keibubapaan ini sangat penting bagi memastikan bakal-bakal ibu dapat menjaga bayi mereka dengan sebaiknya.

    Antara Buku Yang Sangat Bagus Dibaca Oleh Bakal Ibu Bapa Bermula di Saat Kehamilan Lagi

    Proses Kelahiran
    Proses kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal dan agak mudah walaupun kadangkala proses kelahiran akan mengambil masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu-ibu yang bersalin anak pertama. Kesakitan yang ditanggung oleh ibu biasanya akan hilang sebaik sahaja dapat menatap wajah bayi yang baru sahaja dilahirkan. Proses seterusnya adalah pemberian susu ibu kepada bayi. Bagi ibu baru, memang akan terasa kekok untuk memegang atau pun menyusukan bayi. Mungkin juga bayi lebih suka tidur daripada menyusu, jadi ibu perlu belajar cara-cara untuk mengejutkan bayi dari tidur dan menyusu.

    Saat-saat Kecemasan ketika Bersalin
    Terdapat kes-kes kecemasan yang akan menyebabkan ibu-ibu yang dijangka bersalin secara normal memerlukan kaedah bersalin secara pembedahan. Pengetahuan bakal-bakal ibu tentang perkara ini akan membantu mereka menghadapi saat-saat ini dengan lebih tenang serta memudahkan penjagaan bayi dan diri ibu sendiri sesudah bersalin. Sebagai contoh:-

    • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi selepas pembedahan?
    • Bilakah masanya  ibu boleh bergerak dan turun daripada katil selepas pembedahan?
    • Adakah ibu boleh memakai bengkung?
    • Bagaimanakah caranya untuk menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh?

    Saat-saat Kecemasan Selepas Bersalin
    Bagi kelahiran normal  dan bayi juga sihat, bayi biasanya akan ditempatkan bersama-sama ibu di wad sebelum dibenarkan keluar daripada hospital. Bagaimanapun bagi kes-kes tertentu seperti bayi mempunyai masalah kesihatan atau bayi dikhuatiri mempunyai masalah kesihatan dan  sebagainya, bayi mungkin akan ditempatkan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk pemantauan dan rawatan sehingga bayi disahkan sembuh atau pulih sepenuhnya.

    Pengetahuan bakal-bakal ibu juga adalah penting agar mereka dapat menghadapi saat-saat kecemasan ini dengan lebih tenang dan dapat memfokuskan diri kepada penjagaan bayi di NICU. Sebagai contoh:-

    • Adakah ibu-ibu memang mempunyai penyakit tertentu semasa hamil yang akan menyebabkan bayi yang baru lahir dipantau di NICU?
    • Apakah sebab-sebab lain yang akan membuatkan bayi ditempatkan di NICU?
    • Apakah rawatan yang akan diterima oleh bayi di NICU?
    • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi di NICU?
    • Bolehkah ibu memohon untuk room-in bersama bayi di NICU?
    • Bagaimanakah ibu-ibu boleh menjaga bayi dan berpantang dalam masa yang sama di NICU?

    Dapatkah ibu-ibu bayangkan keadaan di NICU tersebut?

    Pengalaman Mek ila  sendiri ketika pertama kali Arif ditempatkan di NICU memang sangat menyedihkan kerana Mek ila langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau bersedia untuk saat-saat kecemasan ini. Apatahlagi bila melihat Arif menangis setiap hari apabila darahnya diambil. Pemberian antibiotik menerusi drip di tangan pula kelihatan amat menyakitkan. Apabila sebelah tangan telah bengkak, tangan sebelah lain pula digunakan. Setelah kedua-dua tangan bengkak, ianya ditukar di bahagian kaki pula. Proses membuatnya juga kelihatan menyakitkan dan pernah Arif menangis tak berhenti-henti hingga hilang suara kerana kesakitan.

    Situasi ini pula sangat berbeza ketika Akmal juga ditempatkan di NICU apabila Mek ila  disahkan sebagai pembawa GBS.

    Paling menyedihkan jika bayi yang dilahirkan meninggal dunia kerana komplikasi. Mekila juga pernah melaluinya, apabila anak pertama kami lahir dan meninggal dunia 2 hari kemudian kerana tidak cukup bulan. Namun, Bersediakah mama & papa menghadapi kemungkinan ini?

    (Visited 270 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Motivasi

    Tags: ,

    One thought on “Ketahui Perkara Tak Terduga Ketika Kelahiran Bayi Agar Mama & Papa Mampu Melaluinya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge