• Resepi Agar-Agar Milo Oreo ~

    Salam semua ~
    Masih lagi di dalam mood berkongsi resepi, kali ini saya kongsikan pula ‘Resepi Agar-Agar Milo Oreo’ yang simple. Arif memang sukakan biskut oreo, jadi bila ternampak sahaja resepi agar-agar oreo di internet, terus saya ingin mencubanya. Seperti biasa resepi ini akan saya olah sedikit supaya jadi lebih simple dan mudah untuk membuatnya.

    Agar-Agar Milo Oreo

    Bahan-Bahan
    1. Sebungkus Oreo saiz sederhana
    2. Sebungkus agar-agar – Saya gunakan cap burung layang-layang

    3. 1400 ml air (rujuk sukatan mengikut jenis agar-agar yang digunakan)
    4. Gula secukup rasa – anggaran 2 senduk
    5. Milo secukup rasa
    6. Susu pekat manis secukup rasa.

     Cara-Cara
    1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar-agar hancur sepenuhnya. Seterusnya

    • masukkan gula – dapatkan rasa manis buah sahaja kerana akan ditambah dengan susu
    • masukkan susu 
    • masukkan milo

    2. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang dan biarkan sehingga sedikit keras
    3. Susunkan biskut oreo di atas lapisan adunan
    4. Tuang baki agar-agar ke atas biskut oreo.

    5. Biarkan sejuk dan sedia dimakan.

    Jika rajin, adunan ini boleh dibuat beberapa lapisan

     Dah siap pun. Jemput makan ye 🙂

    p/s: Jika suka, biskut oreo ini juga boleh dihancurkan. Kalau nak nampak sebiji-sebiji bolehlah disusun begitu sahaja. Yang penting rasanya memang sedap 🙂

    Salam Sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

     

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    Pengedar Shaklee Malaysia
    Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 1,013 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags:

    4 thoughts on “Resepi Agar-Agar Milo Oreo ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge