-
Anak Sembelit? Jom Buat 4 Tips Mudah Ini.
Salam semua 🙂
Hari ni mek ila nak cerita tentang sembelit di kalangan kanak-kanak. Masalah sembelit memang menyakitkan dan buat anak tak selesa. Memang kesian bila tengok anak sembelit. Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu, sembelit di kalangan anak-anak lebih mudah terjadi selepas anak tadi tidak lagi menyusu susu ibu. Ini kerana suka formula lebih sukar dihadamkan berbanding susu ibu. Arif pun begitu. Apatahlagi sejak sering ke surau mulai bulan Ramadhan yang lepas, Arif mula pandai minum teh tarik yang disediakan untuk para jemaah. Aduhai lah anak 🙂
Sembelit
Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat (fiber) , ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.
Seksanya bila anak sembelit. Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu, bila najis itu keras, kering dan besar atau apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.
Faktor utama berlakunya sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian anak. Anak kita juga biasanya kurang minum air masak yang secukupnya. Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.
Petua Atasi Sembelit
1. Berikan air yang lebih
- Minum air yang mencukupi. Ini membantu memudahkan pergerakan najis di dalam usus.
- Bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas, mereka juga boleh diberikan jus buah-buahan yang bersesuaian.
Minuman jus segar juga boleh diberikan kepada kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka. 2. Berikan makanan yang kaya serat
- Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
- Elakakn makanan berlemak, bergula atau berkanji kerana ia boleh memperlahankan pergerakan usus.
- Antara serat yang digemari oleh kanak-kanak ialah buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.
Buah-Buahan Kaya Serat 3. Senaman yang cukup
- Aktiviti fizikal dapat menggalakkan pergerakan usus.
- Antara senaman yang amat sesuai bagi kanak-kanak ialah berbasikal.
- Bagi bayi pula, ibu bapa boleh membuat senaman pergerakan seperti anak mengayuh basikal bagi memudahkan proses pengeluaran najis.
Berbasikal adalah senaman yang paling sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit 4. Wujudkan Jadual pemakanan yang tetap. Makanan merupakan rangsangan semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.
Bahaya Sembelit
Sembelit yang tidak dirawat boleh membawa kesan/ bahaya seperti seperti :-
- Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
- Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak. Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah. Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
- Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.
Mealshake Membantu Mengatasi Sembelit.
Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.
Bagaimana Mealshakes Shaklee membantu atasi anak sering sembelit?- Kandungan serat di dalam Mealshakes Shaklee ini adalah jenis larut air dan akan bertindak sebagai pembersih usus dan perut anak.
- Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolestrol berlebihan. Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul, ia akan menjadi gumpalan najis,
- Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis menjadi lembut. Di sinilah pentingnya anak kita minum air masak yang mencukupi walaupun telah mengamalkan Meal Shake
- Akhirnya, serat di dalam Mealshakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah.
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂(Visited 707 times, 1 visits today)Peraduan Beli & Menang Raikankasih ~ Sakitnya Bila Kena Simpul Biawak Ketika Mengandung
10 thoughts on “Anak Sembelit? Jom Buat 4 Tips Mudah Ini.”
Leave a Reply
Anak Sembelit? Jom Buat 4 Tips Mudah Ini.
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
Komen Terkini
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- SHARIFAH MUHAMAD NOR on Apa Nak Buat Bila Tangan & Kaki Terasa Kebas? Vitamin Ini dapat Membantu!
- nurul nadya on Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (80)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Wow!! Best Sangat!
memang best mealshake ni saya sentiasa sediakan stok takut kehabisan..
Anak saya memang suka sangat-sangat MealShakes ni. Ibu mana yang tak gembira tengok anak sihat.
Betul tu Wan, Syai Nadia. Sebelum minum mealshake, anak yang sulung tu memang akan ambil masa hampir 20 minit di dalam toilet. Saya yang akan tanya berulang kali, dah siap ke belum? Semalam tak sampai 2 minit dah panggil “ibu, dah siap!. Memang syukur
sama kes dengan anak teruna saya, sebelum ni sembelit manjang, lps consume mealshake..sembelit dah hilang…selera makan pun makin bertambah…nasib ada melashake, dah xsusah hati ibu ni…:)
Ye, betul tu, sukatan meal shakes untuk Arif (3-6 tahun) pun hanya satu sudu kecil sehari. Satu canister boleh digunakan berbulan lamanya ~ memang jimat!
Mealshakes memang bagus untuk anak-anak…customer saya yang bagi anak-anaknya mealshakes pun alhamdulillah dapat respon yang baik 😉
http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/
Alhamdulillah mealshakes mg terbaik utk knk2 yg ada mslh sembelit.
http://anakummicomel.blogspot.com
[…] Baca Tentang Sembelit Di Kalangan Kanak-Kanak […]
[…] warga tua. Dalam entry-entry yang lepas pun Mek ila ada ceritakan tentang sembelit yang berlaku pada kanak-kanak, pada ibu hamil, dan juga orang […]
Meal shakes memang kesukaan ramai kerana boleh bebaskan kanak-kanak daei sembelit. Terbaiklah meal shakes.