• Set Sendi Shaklee Merawat Carpal Tunnel Syndrome

    Salam semua 🙂

    Pernahkah pembaca semua mendengar tentang Carpal Tunnel Syndrome?
    Carpal Tunnel Syndrome atau Kebas Tangan  adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

    Saraf Median di Pergelangang Tangan
    Keadaan Saraf angan Pesakit Yang Mengalami Carpal Tunnel Syndrome

    Punca sebenar penyakit ini tidak diketahui namun ianya dikatakan berkaitan daripada penyakit / masalah kesihatan individu yang boleh menyebabkan tekanan kepada saraf median seperti kegemukan, hypothyroid, arthritis, diabetes dan trauma.

    Antara Penyebab Carpal Tunnel Syndrome – Kredit Photo: legacy.uspharmacist.com

    Dikatakan juga antara penyebab utama Carpal Tunnel Syndrome pada masa kini adalah disebabkan oleh teknik penggunaan tangan yang kurang tepat ketika mengendalikan peralatan komputer seperti keyboard dan mouse terutamanya bagi mereka yang sering online dan bekerja dengan komputer pada setiap masa. Jom kita perhatikan kedudukan tangan dan pergelangan tangan kita semasa menggunakan komputer.

     
    Teknik Memegang/Pengendalian Mouse dan Keyboard

    Antara keadaan yang menunjukkan simptom Carpal Tunnel adalah seperti:-

    • Rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan
    • Tangan bergetar secara tiba-tiba
    • Bermasalah dalam pengendalian tangan di mana barang yang dipegang seperti sudu, garfu atau pen boleh terlepas secara tiba-tiba
    • Keadaan kulit tangan menjadi kering dan terdapat perubahan warna kulit
    • Kesakitan di bahagian tangan terutamanya di waktu malam hingga menyebabkan tidur terganggu.

    Rawatan Carpal Tunnel Syndrome

    1. Pemakaian Night Splin (Anduh)
    Rawatan bagi keadaan ini biasanya dimulakan dengan pemakaian night splint iaitu sejenis peralatan seperti anduh daripada jenis thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara tidak sedar semasa pesakit tidur. Ianya sesuai merawat Carpal Tunnel tahap permulaan atau tidak kritikal.
    2. Rawatan fisioterapi / Senaman
    Biasanya Doktor juga akan memberikan rawatan fisioterapi bagi bagi mengurangkan radang atau bengkak di kawasan yang terlibat. Selain rawatan fisioterapi, pesakit juga digalakkan untuk membuat sendiri senaman tangan yang bersesuaian bagi mengurangkan masalah ini.
    Antara Senaman Yang Boleh Dilakukan oleh Pesakit Carpal Tunnel Syndrome

    3. Penggunaan Suntikan
    Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian carpal tunnel boleh mengurangkan kesakitan yang dialami. Namun penggunaan ubat jenis steroid secara berterusan boleh mendatangkan masalah lain kepada badan manusia. Selain suntikan, pesakit juga biasanya diberikan ubat untuk mengurangkan bengkak dan mengurangkan kesakitan yang dialami.

    4. Pembedahan
    Pembedahan adalah jalan terakhir yang mungkin perlu dilakukan apabila penggunaan night splin dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
    Pembedahan Untuk Carpal Tunnel Syndrome

    Di dalam pembedahan ini, Doktor akan membuat hirisan kecil di bahagain yang terlibat, memotong ligamen carpal yang bermasalah dan seterusnya membebaskan saraf ini.

    Set Sendi Shaklee
    Sama seperti masalah sendi yang lain seperti Osteoarthritis,  Berikut adalah Set Vitamin yang sesuai untuk merawat Carpal Tunnel Syndrome.

    Set Sendi Shaklee
    Fungsi Set Sendi Shaklee

    Vivik Shaklee juga amat bagus diamalkan untuk kesihatan sendi. Vivix membantu menguatkan sel tubuh, membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita akan rasa sakit di sana dan sini, malah ingatan juga berkurangan.  Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Baca lebih lanjut tentang Vivix di sini.

    Dapatkan Set Sendi Anda Hari Ini.

     

    (Visited 230 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Set Sendi Shaklee Merawat Carpal Tunnel Syndrome

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge