• Spageti Carbonara Versi Arif ~

    Salam semua 🙂
    Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang simple iaitu Spageti Carbonara versi Arif. Untuk makluman pembaca, Arif memang suka makan pasta dan spageti sejak kecil lagi. Tak tahu sebenarnya dari mana Arif mewarisi kesukaan tersebut kerana saya dan suami sememangnya tidak pandai makan spageti. Namun kerana Arif menyukainya, saya belajar juga memasak spageti hingga akhirnya dah terror juga makan spageti ni 🙂

    Spageti Carbonara

    Bahan-Bahan
    1. 5 ulas bawang putih – ditumbuk halus
    2. Ayam cincang (2 ketul)
    3. 1/4 biji carrot dicincang/ potong dadu
    4. 2 sudu besar marjerin
    5. 1 mangkuk spageti
    6. 2 gelas susu segar
    7. Sedikit garam halus

    Cara-Cara
    1. Cairkan marjerin di dalam kuali. Tumiskan bawang putih cincang hingga sedikit garing
    2. Masukkan ayam cincang dan carrot, goreng sehingga empuk.
    3. Tambahkan susu segar dan sedikit garam halus
    4. Tambahkan 2 sudu tepung gandum dan kacau hingga mendidih
    5. Siap !


    Oleh kerana Arif biasanya akan makan berulang kali, saya tidak mencampurkan kuah spageti ini dengan spageti. Bila nak makan nanti baru saya campurkan. Jemput makan ye!!

    Nyum Nyum 🙂

    Salam sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

     

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    Pengedar Shaklee Malaysia
    Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 250 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags:

    2 thoughts on “Spageti Carbonara Versi Arif ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge