• Tips Kejutkan Bayi Baru Lahir Menyusu

    Salam Semua,

    Khas untuk bakal ibu bapa, hari ini saya ingin kongsikan tentang tips untuk mengejutkan bayi baru lahir untuk bangun menyusu. Tahukah mama dan papa semua, bayi baru lahir terutamanya yang mempunyai birubilin tinggi di dalam tubuh mereka lebih suka tidur dan tidak mahu bangun menyusu? Kandungan birubilin (kuning) yang tinggi di dalam tubuh akan menyebabkan bayi merasa mengantuk dan lebih gemar tidur.

    Arif selepas 2 jam dilahirkan

    Arif juga begitu. Bermula dari saat awal kelahiran di tengah malam hinggalah keesokan paginya dia hanya tidur dan langsung tidak mahu bangun menyusu. Sudahnya Arif lambat membuang air besar dan hanya membuang air kecil sahaja dalam tempoh 12 jam. Pelbagai cara saya gunakan untuk mengejutkan Arif, tetapi Arif akan menyambung semula tidurnya sejurus selepas disusukan. Kekurangan penyusuan juga menyebabkan Arif mempunyai kuning yang tinggi dan perlu diletakkan di bawah lampu. Jadi amat penting untuk mama dan papa semua mempelajari tips-tips untuk mengejutkan bayi baru lahir agar bangun menyusu.

    Bayi Baru Lahir
    Tidur sememangnya tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi kita tidur terlalu lama tanpa disusukan. Untuk bayi baru lahir, tempoh yang paling ideal untuk kekerapan penyusan adalah di antara satu setengah jam hingga ke dua jam sahaja. Ini bermakna, bayi perlu dikejutkan untuk bangun menyusu sekiranya bayi telah tidur melebihi tempoh 2 jam. Penyusuan yang kerap ini juga mampu merangsang penghasilan susu ibu selain membantu pengeluaran birubilin yang dikeluarkan melalui najis bayi.


    Cara-Cara Mengejutkan Bayi

    1. Panggilah bayi anda. Bayi boleh mengenali suara ibunya dan amat suka mendengar suara ibunya.

    2. Buka Bedung Bayi – Bayi baru lahir biasanya akan dibedung untuk memberi keselesaan seperti sedang didakap di dalam pelukan. Pemakaian bedung akan memberi keselesaan dan membuatkan bayi ingin tidur lebih lama.

    2. Geletek tapak kaki atau telapak tangan bayi secara lembut berulangkali

    3. Seterusnya letakkan bayi di atas badan ibu di antara perut dan payudara. Sekiranya telah pulang ke rumah, ibu boleh membuka pakaian di bahagian atas bagi membolehkan sentuhan kulit ke kulit dan membenarkan bayi merasai kehangatan suhu badan ibu.

    4.  Geletek bibir bayi dengan puting susu ibu yang telah dipicitkan dengan sedikit susu ibu. Ianya akan membantu bayi untuk membuka mulut dengan luas dan memulakan penyusuan.

    Penyusuan susu Ibu merupakan saat-saat indah di dalam kehidupan seorang bayi

    5. Pandang mata bayi yang sedang menyusu dan berboraklah dengannya 🙂

    Selamat Mencuba dan semoga anda berjaya di dalam menyusukan bayi,  baca lebih lanjut tentang Panduan Penyusuan di sini. 

    Salam Sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    Pengedar Shaklee Malaysia
    Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 73 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags:

    2 thoughts on “Tips Kejutkan Bayi Baru Lahir Menyusu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge