• Tips Mengawal Kemarahan

    Ish, geramnya. Ni yang buat rasa nak marah je!!

    Pernahkan pembaca semua mengalami situasi di atas? Pasti pernah bukan. Situasi di atas cumalah satu contoh kemarahan yang masih terkawal. Adakalanya kita juga berhadapan dengan situasi marah yang tidak terkawal di mana seseorang itu bertubi-tubi mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari. Dalam situasi marah juga, kita boleh melakukan perbuatan di luar kawalan dan boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

    Apa yang berlaku ketika kita marah?

    Apabila kita marah,  kita sebenarnya membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati dan mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri. Kerana itulah orang yang mudah marah atau suka marah-marah adalah mereka yang mudah stress,  sukar untuk menerima pandangan daripada orang lain dan mudah mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi.
     

    Kemarahan boleh membawa kepada pelbagai penyakit fizikal seperti tekanan darah tinggi dan serangan jantung

    Oleh yang demikian, berwaspadalah dan cuba belajar menahan diri daripada marah. Dalam satu kajian yang dijalankan,  marah boleh menyebabkan saraf otak terganggu kerana apabila seseorang naik marah, sekurang-kurangnya 500 sel syarat otak akan mati. Oleh yang demikian tidak hairanlah apabila marah, nafas seseorang boleh menjadi tersekat-sekat dan boleh mengakibatkan komplikasi penyakit seperti tekanan darah naik atau terkena serangan jantung. 


    Ketahui Punca Marah

    MARAH merupakan salah satu daripada sifat mazmumah (keji) yang  dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal bukan sahaja boleh menyebabkan kita mengeluarkan perkataan di luar kawalan tetapi juga boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Oleh yang demikian amat penting untuk kita belajar menenangkan diri dan mengawal kemarahan.

    Syaitan Pencetus Kemarahan

    Sedarkah kita semua bahawa kemarahan yang berlaku juga adalah disebabkan oleh hasutan Syaitan untuk menjerumuskan kita ke arah kemusnahan? Syaitan ialah musuh manusia yang sangat kejam dan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.

    Firman Allah, maksudnya: “(Syaitan) berkata: ‘Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, pasti aku akan memperintah segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya (manusia) di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas dalam kalangan mereka.'” (Surah al-Hijr 15:39-40)

    Ketika dalam keadaan marah, kita sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang dan di luar kawalan seperti bertengkar sesama kawan atau anak memarahi ibu bapanya.

    Belajar Mengawal Kemarahan
    Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan juga adalah normal untuk kita berasa marah di atas perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun adalah penting untuk kita belajar mengawal dan menangani kemarahan agar kemarahan tersebut tidak mendatangkan keburukan kepad aorang lain atau merosakkan diri sendiri. Mengawal kemarahan juga mampu menjadikan kita insan yang lebih baik dan dihormati.

    Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dibuat untuk mengawal kemarahan.

    1. Beristighfar
    Apabila anda marah, ingatlah bahawa syaitan sedang berusaha untuk menghasut kita melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya. Oleh yang demikian beristighfar adalah perkara terbaik untuk meredakan kemarahan.

      2. Tarik nafas panjang dan lepas
      Teknik pernafasan yang betul mempunyai kaitan dengan keadaan psikologi masnusia. Secara teorinya, apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan lebih cepat. Jadi untuk menenangkan diri, kita disarankan  supaya menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.

      Teknik pernafasan yang betul adalah dengan cara meanarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit (bukan dada) dan lepaskan semula secara perlahan-lahan. 

       
      3. Bertenang dan Berfikirlah
      Apabila marah, kita tidak boleh berfikir secara rasional. Jalan terbaik adalah dengan bertenang seketika dan mengambil ruang untuk diri sendiri. Antara cara yang boleh dilakukan untuk menenangkan diri ialah
      • Minum segelas air.
        Air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.

      • Mengambil Wudhu’.
      •  Mendiamkan Diri. Berdiam diri juga adalah salah satu teknik untuk meredakan kemarahan.
      • Berfikir Sejenak. Tanyakan soalan ini dan fikirkan jawapannya.
        • Mengapa aku perlu marah? Perlukah aku marah?
        • Apakah kesan kemarahan aku nanti? 
        • Apakah cara yang lebih baik selain marah?

      Persepsi Lelaki Macho Dari Pandangan Wanita

      Siapakah Orang Yang Paling Kuat?

      .
      Suatu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah SAW  lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah SWT  akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”
       
      Amalan Berpanjangan Untuk Mengawal Kemarahan

      Proses mengawal kemarahan bukanlah satu proses yang boleh dipelajari dan diamalkan dalam tempoh sehari dua. Ianya memerlukan kekuatan dan asas yang kuat dari dalam diri. Berikut adalah amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kekuatan diri dan rohani yang menjadi kunci dalam mengawal kemarahan.
      1.Bersenam.
      Bersenam atau beriadah membantu menjadikan jantung kita sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan akan keluar melalui peluh semasa bersenam, merangsang aliran darah, menguatkan otot badan, meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan tekanan yang boleh membawa kepada kemarahan.

      2.Senyuman 
      Percaya atau tidak senyuman mampu mengubah emosi kita menjadi lebih positif. Maka rajin-rajinlah senyum kerana senyuman itu mampu menggembirakan orang lain dan menjadikan hidup kita lebih ceria.

      3. Amalkan solat sunat
      Selain mengerjakan solat fardhu, kita juga amat dituntut untuk mengerjakan solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat Tahajud. Ketahui kelebihan solat sunat Dhuha di entry ini. 

      4. Amalkan zikir dan doa.

      Antara doa yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa marah


          5. Sentiasa Ingatkan Pada Diri Tentang Keburukan Sifat Marah
          Setiap pagi, tanamkan atau berniatlah di dalam hati untuk tidak marah. Fikirkan akibat apabila marah. Sebagai contoh: marah akan membuatkan saya nampak lebih tua. Marah membuatkan saya sakit dada. Marah membuatkan syaitan suka kepada saya
          Amalkan dan lihatlah hasilnya, InsyaAllah.
          Salam Sayang

            (Visited 302 times, 1 visits today)

            Categories: Info Kesihatan, Motivasi

            Tags: ,

            5 thoughts on “Tips Mengawal Kemarahan

            Leave a Reply

            Your email address will not be published. Required fields are marked *

            CommentLuv badge