• Vitamin Shaklee Untuk Atasi Morning Sickness ~

    Morning sickness?


    Morning sickness atau alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan keadaan muntah-muntah, pening kepala, perut sebu, tidak selesa dan tidak bermaya. Keadaan ini biasa berlaku kepada ibu-ibu  mengandung  pada trimester pertama. Sesuai dengan namanya, morning sickness sering dialami pada waktu pagi iaitu ketika baru bangun dari tidur namun ada juga ibu mengandung yang mengalami keadaan ini di sepanjang hari. Tahap keterukan alahan ini bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tidak mengalami sebarang alahan. Tempoh alahan ini juga biasanya akan hilang apabila ibu mengandung memasuki trimester kedua namun ada juga yang mengalami alahan ini di sepanjang kehamilan.

    Morning Sickness Sering Menyebabkan Ibu Keletihan dan Tidak Bermaya


    Punca alahan dan Kesannya Terhadap Kesihatan Ibu dan Bayi
    Punca sebenar alahan sebenarnya masih tidak diketahui dengan jelas. Ada yang beranggapan ianya disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.  

    Berita baiknya pula alahan dalam jangka pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Walaubagaimanapun alahan yang terlalu teruk dan berlaku dalam tempoh yang panjang mungkin menyebabkan kesihatan ibu terganggu dan bayi akan kekurangan nutrisi untuk pembesarannya. Alahan yang teruk juga boleh menyebabkan ibu kekurangan air di dalam badan dan mengalami simptom-simptom  seperti pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Kekurangan air di dalam badan perlu dirawat dengan cecair dan supplemen tambahan yang diberikan melalui drip di hospital. 

     

    Tips Atasi Morning Sickness

    Set Morning Sickness

     

    Vitamin Shaklee Untuk Morning Sickness

    B-Complex