• 10 Khasiat Meal Shakes Untuk Si Manja ~

    Salam semua 🙂

    Dalam entry yang lepas, saya telah kongsikan beberapa kebaikan Meal Shakes Untuk Kanak-Kanak terutamanya dalam merawat masalah sembelit dan juga selera makan anak. Hari ini saya kongsikan pula 10 khasiat dan kelebihan Meal Shakes kepada kanak-kanak.

    Kepada pembaca yang belum mengenali Meal Shakes, Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang dicipta khas untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun ke atas. Meal Shakes ini bukanlah makanan segera sebaliknya ia boleh dibancuh untuk dijadikan minuman lazat dan berkhasiat untuk anak-anak.


    10 kebaikan Meal Shakes

    1. Meal Shakes Mengandungi Karbohidrat – Glisemik Rendah

    Semua kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk memberikan mereka tenaga dalam melakukan aktiviti harian seperti bermain dan belajar. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan kanak-kanak cepat letih, lesu dan tidak bertenaga. Karbohidrat  dengan glisemik rendah pula lebih perlahan dicerna oleh badan dan memberikan rasa kenyang dan membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada kanak-kanak. Glisemik rendah juga boleh membantu kanak-kanak yang obes kerana ianya tidak menggemukkan atau mengandungi gula berlebihan.

    2. Meal Shakes Mengandungi 9 Asid AminoPerlu

    Terdapat  9 jenis asid amino  yang diperlukan oleh badan manusia tetapi hanya boleh diperolehi melalui makanan. Asid amino ini diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki sel-sel tisu yang rosak, melindungi otot dan mengawal sistem saraf. Meal Shakes telah dilengkapi dengan  9 Asid Amino ini yang sangat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak yang sempurna.

    9 Asid Amino Yang Lengkap di Dalam Meal Shake

    3. Meal Shakes Mengandungi Vitamin Antioksidan  A, C dan E 

    Vitamin antioksidan A,C dan E amat perlu untuk meningkatkan fungsi imun dan sangat penting untuk kesihatan kulit anak-anak. Bagi anak-anak yang mempunyai kulit sensitif, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapatkan vitamin antioksidan ini dengan secukupnya.


    4. Meal Shakes Mengandungi Dietary Fiber

    Kebiasaannya anak-anak memang suka memilih makanan dan tidak suka makan sayur atau buah-bauahan.  Jadi selalunya mereka akan hadapi masalah sembelit kerana kekurangan fiber di dalam tubuh. Memang kesian bila anak sembelit sebab mereka akan kesakitan dan mengambil masa yang lama apabila ke tandas. Alhamdulillah masalah sembelit Arif  hampir tiada sejak minum Meal Shakes. Boleh juga baca tentang cara-cara mengatasi masalah sembelit di sini.

    5. Meal Shakes Mengandungi B Vitamin

    Meal Shakes mengandungi vitamin B6 dan Vitamin B12 yang penting untuk otak dan berfungsi memelihara kesihatan saraf. Vitamin-vitamin ini juga juga amat penting untuk pembinaan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan gangguan penghantaran oksigen ke seluruh badan dan menyebabkan kanak-kanak mudah letih dan tidak bermaya. 

    6. Meal Shakes Mengandungi Sodium Dan Magnesium 

    Mineral ini memainkan peranan yang penting dalam menyelaraskan keseimbangan kandungan air di dalam badan. Badan akan menghadapi masalah kekurangan air jika tidak mendapat bekalan mineral tersebut dalam kadar yang sebetulnya. Kadar mineral yang  seimbang adalah penting dalam menentukan perjalanan otot-otot dan saraf, penyerapan zat-zat makanan ke dalam sel-sel dan juga kepada keseimbangan bahan-bahan asid di dalam darah dan air kencing.

    7. Meal Shakes Mengandungi Vitamin C

    Vitamin C sangat penting untuk semua golongan terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak amat memerlukan Vitamin C bagi kesihatan gusi, gigi dan kulit. Vitamin C juga penting untuk menghalang jangkitan kuman dan meningkatkan sistem imun. Sebab itulah bila anak selsema, para Doktor akan menggalakkan pemberian Vitamin C kepada kanak-kanak.

    8. Meal Shakes Mengandungi Vitamin A

    Vitamin A sangat penting untuk kesihatan mata. Kanak-kanak zaman sekarang pula sangat gemar bermain dengan tab terutamanya di dalam gelap dan ini boleh menyebabkan masalah rabun awal. Lobak merah pula adalah di antara sumber Vitamin A yang utama tetapi kanak-kanak biasanya kurang gemar dengan lobak. Pemberian Meal Shakes mampu melengkapkan pengambilan vitamin A kepada mereka.

    9. Mealshake Mengandungi Kalsium Dan Vitamin D

    Kalsium adalah penting untuk kesihatan tulang. Pengambilan kasium bersama Vitamin D membantu kalsium diserap ke dalam tulang dengan lebih baik dan bukannya berkumpul di bahagian tertentu di dalam tubuh. Ia juga menggalakkan penghasilan tulang yang lebih padat.

    10. Meal Shakes Mengandungi Iron Dan Vitamin B12 

    Iron dan Vitamin B12 penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dan membantu mengelakkan masalah anemia di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang kekurangan sel darah merah akan mudah letih, lesu, tidak bermaya dan kurang menumpukan perhatian di dalam pelajaran.

    Alhamdulillah, rupa-rupanya banyak kelebihan Meal Shakes ini  kepada anak-anak. Jadi ibu-ibu di luar sana, jangan lupa mencuba Meal Shakes ini  kepada anak-anak dan lihatlah sendiri hasilnya. InsyaAllah, memang bagus dan ramai ibu bapa yang mengakui keberkesanannya.

    Meal Shakes juga sesuai diminum oleh seisi keluarga kecuali kepada mereka yang mempunyai masalah alahan kepada Susu Lembu (Lactose Intelorance).

    Salam Sayang;

    Dapatkan Meal Shakes anda hari ini. 

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 55 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: ,

    5 thoughts on “10 Khasiat Meal Shakes Untuk Si Manja ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge