• Cara Makan Vitamin Shaklee Dengan Betul Hingga Mendapat Kesan Yang Diidamkan

    Salam pembaca semua ūüôā

    Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang berkaitan dengan cara pemakanan supplemen bagi mendapatkan kesan yang terbaik dan diidamkan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang ramai kenalan atau rakan-rakan yang mengambil supplemen tetapi tidak mengikut cara yang betul. Sudahnya mereka tidak mendapat kesan yang diidamkan dan mulalah rasa malas untuk makan vitamin lagi. Vitamin yang mahal ni mula disimpan di dalam almari, ada yang sampai expired dengan sendirinya.

    Anggap Vitamin Adalah Ubat
    Vitamin bukanlah ubat yang memberikan kesan serta merta. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi TIDAK merawat punca sakit. Ianya hanya menghilangkan kesakitan tetapi tidak memulihkan. Kesakitan yang kita alami bukanlah disebabkan oleh kekurangan ubat. Sebagai contoh, kita mengambil panadol apabila sakit kepala tetapi sakit kepala yang kita alami bukanlah disebabkan kekurangan panadol (aspirin) di dalam tubuh.

    Perbezaan Ubat dan Vitamin

    Supplemen atau Vitamin pula adalah bahan berkhasiat yang bertindak merawat  PUNCA penyakit sekiranya digunakan bagi  menampung kekurangannya di dalam tubuh. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan nutrisi di dalam tubuh,  pengambilan supplemen di dalam diet harian dapat mengatasi masalah yang telah terjadi. Sebagai contoh mereka yang mengalami sindrom PMS atau senggugut adalah disebabkan kekurangan kalsium dan kekurangan GLA (Gamma Linolenics Acids) di dalam tubuh. Pengambilan supplemen kalsium Ostematrix dan GLA Complex dapat mengatasi kekurangan nutrisi ini di dalam tubuh dan dapat merawat masalah PMS/ Senggugut  tadi.

    Pengambilan supplemen secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 90-120 hari juga adalah diperlukan bagi melihat keberhasilannya.  Secara teori, sel badan manusia akan hidup dalam tempoh di antara 90-120 hari sebelum ianya mati dan digantikan dengan sel yang baru. Hasil pengambilan supplemen secara berterusan dalam tempoh penggantian sel ini  ini dapat dilihat apabila sel baru yang dihasilkan tadi lebih sihat kesan daripada pengambilan vitamin, InsyaAllah. Walaubagaimanapun terdapat juga masalah kesihatan yang telah menunjukkan kesan kesembuhan lebih awal terutamanya bagi masalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan nutrien. Tempoh lebih lama juga mungkin diperlukan bagi masalah-masalah yang disebabkan oleh fungsi imun.

    Tidak Minum Air Masak Secukupnya
    Memang ramai yang bermasalah untuk amalkan minum air masak dan lebih suka kepada air berperisa dan berwarna. Ada juga yang sangat suka  minuman berkafein seperti teh, kopi dan nescafe. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan, sedangkan kita disarankan minum  banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Sukatan air masak yang betul adalah mengikut nisbah 25kg:1 Liter. Ini bermakna jika berat pembaca adalah 50kg, jumlah air masak yang perlu diminum adalah 2 Liter.

    Air masak yang mencukupi sangat penting sekalipun anda tidak mengamallkan supplemen

    Tidak Menjarakkan Pengambilan Supplemen Dengan Kafein/ Ubat-Ubatan
    Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan dan sedang makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual pemakanan, contohnya sekiranya ubat diambil pada waktu pagi, pengambilan vitamin bolehlah diambil pada waktu tengahari atau malam.Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan iaitu pada pagi, petang dan malam , maka jarakkan pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum atau selepas makan.

    Makan vitamin secara serentak pada satu masa.

    Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan kesemua vitamin apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

    Pengambilan kafien dalam diet harian
    Pengambilan kafien secara berterusan boleh merosakkan vitamin yang sedia ada di dalam badan. Maka pengambilan minuman  yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin tadi terganggu disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

    Kurangkan kafein di dalam diet harian

    Pantang larang makan vitamin.
    Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti Vita-lea tidak boleh diambil bersama produk tenusu seperti susu atau coklat? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh kita ? Selain itu, perlu kita ketahui bahawa pengambilan beberapa jenis vitamin seperti Alfalfa, Vivix, Carotomax, GLA dan  Vitamin E  tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana ianya mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan kepada bayi di dalam kandungan.

    Mulakan Dengan Detox dan Bina Semula Sel Yang Lebih Sihat
    Walaupun ini bukanlah satu kewajipan, namun program detox yang dilakukan bagi proses pembersihan dalaman sebenarnya amat membantu untuk badan kita menyerap nutrisi daripada vitamin yang dimakan dengan lebih berkesan. Antara vitamin yang sangat sesuai diambil untuk Detox ialah Alfafa atau Herblax.

    Detox amat bagus dijalankan sebelum pengambilan Vitamin bagi membantu penyerapan yang lebih baik

    Setelah program detox dijalankan, pengguna boleh mengambil vitamin yang diinginkan atau mengambil protein terlebih dahulu seperti ESP atau Mealshake bagi menghasilkan sel-sel baru tubuh yang sihat, di samping memperbaiki sel-sel lama. 

    DETOX PEMBINAAN SEL PENGAMBILAN VITAMIN

    InsyaAllah kesannya memang terbaik dan dengan proses detox dan bina semula ini sahaja memang  banyak memberikan kesan positif kepada tubuh badan kita seperti yang saya dan rakan-rakan lain rasai. 

    Oleh yang demikian juga, sememangnya sangat penting untuk pembaca semua membeli Vitamin daripada pengedar yang bertauliah  dan mempunyai kepakaran untuk memberikan khidmat rundingan penjagaan kesihatan yang terbaik.

    (Visited 252 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: ,

    17 thoughts on “Cara Makan Vitamin Shaklee Dengan Betul Hingga Mendapat Kesan Yang Diidamkan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge