• Coconut Shake Yang Sedap Sampai Termimpi-mimpi nak minum :-)

    Salam semua 🙂

    Sebut je Coconut Shake pasti dah terbayang segelas minuman berperisa aiskrim vanilla dan air kelapa yang manis, sejuk  dan menyegarkan, hihi.. Masih teringat lagi inilah salah satu minuman yang menjadi idaman saya semasa mengandungkan Akmal sejak mula disahkan mengandung. Namun kerana orang tua-tua kata air kelapa ni agak tajam dan tidak digalakkan untu kita meminumnya di awal kehamilan, maka hasrat tersebut saya tangguhkan hinggalah kandungan berusia 8 bulan.

    Bahan utama Coconut Shake adalah buah kelapa muda

    Mana nak dapat Coconut Shake Yang Sedap Ni?
    Ketika saya tinggal di Sungai Merab dulu, memang mudah nak jumpa tempat-tempat yang menjual Coconut Shake. Malah sahabat saya Elis juga ada menjual Coconut Shake di Pasar Tani/ Pasar Malam di Putrajaya. Harganya pun murah, RM2 untuk cup kecil. Sedap pun sedap. Jadi kalau ada kesempatan ke pasar Tani, memang saya tak lepaskan peluang untuk menikmati Coconut Shake ini.

    Pasar Tani Putrajaya Kini Terletak Berhampiran di Masjid Besi

    Selain di Pasar Tani, di gerai-gerai di tepi jalan berhampiran Uniten pun ada juga Coconut Shake ni dan juga di Food Court Taman Warisan Putrajaya. Namun antara banyak-banyak tempat ni saya paling suka Coconut Shake yang dijual di Food Court Alamanda Putrajaya. Harganya RM4.90 untuk 1 cup. Yummmy. Kalau minum seorang ni memang comfirm kenyang sampai tak lalu makan makanan yang lain. So biasanya kalau minum Coconut Shake ni saya akan kongsi dengan suami atau pun kongsi dengan kawan.

    Coconut Shake Food Court Alamanda Yang Memang Sedap

    Yang kelakarnya sampai sekarang saya tak tahu di mana nak dapatkan Coconut Shake yang sedap di Semenyih walaupun dah hampir dua tahun menetap di sini. Belum jumpa lagi, kalau yang menjual air kelapa tu memang banyak. Kena survey nampaknya ni 🙂

    Kalau pembaca semua tahu tempat-tempat lain di seluruh Malaysia yang ada menjual Coconut Shake sedap, sudi-sudikanlah berkongsi maklumat itu di sini ye. Bila cuti-cuti Malaysia nanti bolehlah saya singgah minum 🙂

    Sebelum berpisah, saya kongsikan resepi mudah untuk membuat Coconut Shake ni. Kata orang kalau dah mengidam tu dan susah nak dapatkan Coconut Shake, bolehlah kita buat sendiri !

    Bahan- Bahan

    1. air kelapa muda + isinya
    2. ais krim vanila
    3. sedikit ais
    5. sedikit air gula
    (air gula ni maksudnya kita dah masak gula tu bersama-sama air hingga cair)

    Cara paling mudah nak buat ialah blend semua sekali bahan-bahan di atas dan jadilah Coconut Shake yang sedap tu. Sedia diminum beramai-ramai  🙂
     
    Nak lagi best, bila dah siap tu, taburlah sedikit coklat rice supaya nampak lagi menyelerakan macam dalam gambar ni ~

    Salam Sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 136 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags:

    8 thoughts on “Coconut Shake Yang Sedap Sampai Termimpi-mimpi nak minum :-)

    Leave a Reply to Norhafizah Kamso Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge