• Gapailah Impian Anda ~ Cara Mudah Mencapai Impian Tetapi Memeningkan?

    Salam semua.

    Entri hari ini sebenarnya Mek ila tulis khusus untuk diri sendiri dan semua pembaca di luar sana yang masih punya impian dan tidak pernah putus asa dalam mencapai impian mereka. Mudah-mudahan entry ini mampu mengembalikan semula semangat kita untuk terus berusaha dan mencapai apa sahaja yang kita inginkan.

    Impian Zaman Kanak-Kanak
    Masih ingat lagi impian zaman kanak-kanak kita? Macam-macam kan? Ada yang nak jadi Doktor. Ada yang nak rumah besar, ada yang nak kereta besar, ada yang nak pergi melancong ke luar negara dan sebagainya. Masih ingat lagi nasihat Allahyarham ayah, ‘belajar rajin-rajin supaya hidup kita senang’. Nasihat itu memang sentiasa Mek ila pegang di dalam hati hinggalah sekarang. Alhamdulillah Mek ila berjaya mencapai apa yang diinginkan walaupun hanya mengikut kemampuan sedia ada seperti gambar di bawah.

    Impian Zaman Kanak-Kanak vs Realiti Kehidupan

    Adakah kita sudah boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang? Pastinya tidak bukan kerana impian pastinya akan terus membara walaupun jauh di sudut hati. Bagaimana pula dengan impian anak-anak atau keluarga tersayang? Adakah kita hanya mampu berjanji tetapi tidak dapat menunaikannya?

    Bagaimanakah cara untuk mencapai impian itu? Apa cara yang paling mudah?

    Seorang sahabat Mek ila yang bekerja di bank memberitahu ‘ada cara yang mudah untuk  mencapai impian itu’. Memang benar caranya mudah namun setiap yang mudah itu pasti ada kesusahan di sebaliknya.

    Inilah Cara Mudah Untuk Mencapai Impian Anda!

    Mencapai Impian Dengan Membuat Hutang? Memang agak berat bunyinya namun inilah realiti yang berlaku pada zaman sekarang. Akibat daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, ada di antara kita yang terpaksa membuat pinjaman peribadi walaupun hanya untuk keperluan keluarga. Bayangkan kalau kita hanya meminjam RM10,000, kita sebenarnya perlu membayar semula kira-kira RM15,000 untuk menyelesaikan semula pinjaman tersebut.

    Kos Sara Hidup Semakin Meningkat

    Bagaimana Dengan Memulakan Sesuatu Yang Mudah Tetapi Mampu Mendatangkan Pendapatan Yang Berpanjangan?

    Sudah tentulah ini cara  yang terbaik tetapi memerlukan keazaman dan semangat yang kuat untuk kita menjayakannya.

    Kita tengok semula cara-cara menjana pendapatan ini.

     Cara Untuk Menjana Pendapatan

     

    Adakah bekerja makan gaji boleh memberikan kekayaan? Boleh sebenarnya tetapi hanya 5% sahaja yang mampu mencapai kejayaan dan mereka ini biasanya terdiri daripada mereka yang berpangkat besar seperti CEO dan Pengarah yang mana gaji bulanan mereka mencecah 6 angka. 95% Kekayaan pula dimiliki oleh Pemilik Perniagaan Yang Memiliki Sistem. Ini memang benar kerana tanpa sistem yang sesuai, anda mungkin akan menghadapi kegagalan.

    Macam menarik sahaja ni. Jadi untuk maklumat lanjut, jangan segan-segan untuk menghubungi Mek ila. Segala konsultasi adalah percuma dan anda tentukan sendiri bagaimana anda ingin melakukannya. 
    Anda juga boleh mengisi borang di sini dan Mek ila akan menghubungi anda secepat mungkin. 

    Salam Sayang;

    (Visited 189 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi, Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee

    Tags: ,

    One thought on “Gapailah Impian Anda ~ Cara Mudah Mencapai Impian Tetapi Memeningkan?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge