• Kekal Cergas dan Aktif Setiap Hari – Diary Kehidupan Super Mommy

    Salam pembaca semua 🙂

    Entry hari ni mek ila tujukan khusus untuk semua ibu-ibu yang hebat dan papa-papa yang owesome. Agak-agaknya penat tak jadi supermommy ni? Nak tau penat atau tidak, jom kita tengok jadual ringkas harian ni.

    5.30 : Bangun pagi, solat subuh, siapkan sarapan, kejut anak-anak, mandikan anak
    6.45: Bertolak ke pejabat + hantar anak ke sekolah/ tadika
    8.00 – 500 ptg: Waktu pejabat
    5.00: Ambik anak di sekolah/tadika , pandu pulang ke rumah + jem
    6.30: Sampai rumah, masak nasi + lauk, siapkan anak mandi
    7.30: Mandi + solat
    8.30: Makan malam + kemas dapur
    9.30: Layan anak + tengok kerja sekolah anak
    10.30: Anak-anak tidur
    11.00: Kemas rumah + siapkan beg anak
    11.30: Masuk Tidur

    Melayan anak-anak adalah agenda wajib dalam diari supermommy

     

    Itu baru contoh jadual supermommy yang simple, kalau supermommy yang menyusukan bayi + buat bisness , pastinya akan ada jadual yang berterusan sepanjang malam. Silap-silap waktu tidur sebenar cuma 2-3 jam sahaja kan. Macam mana nak kekal aktif ni? Silap-silap sambil tidurkan anak, mommy sendiri pun dah tertidur sekali. Lagi haru kalau mommy yang tertidur dulu, si anak masih aktif bermain 🙂

     

    6 Tips kekal Aktif

    1. Mandi Ketika sibuk menguruskan anak-anak, anda boleh cuba bersihkan diri dan mandi. Ini akan membuatkan anda berasa lebih segar dan bersemangat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan penat badan malahan akan membuatkan fikiran menjadi tenang. 2. Minum Air Kurangnya air dalam badan akan mempengaruhi kesihatan sehingga sakit kepala, penat dan kurang tenaga. Ketika anda penat, berhenti seketika dan minumlah sebotol air putih. Anda juga boleh mencuba air detox untuk kesegaran yang berbeza. 3. Bersarapan Selalunya ibu-ibu akan memastikan yang anak anda mengambil sarapan, tetapi bagaimana dengan anda? Secawan kopi sahaja tidak mencukupi untuk mengalas perut anda, ambillah sarapan pagi untuk memastikan anda bertenaga dan dapat melakukan aktivit dan kerja sepanjang hari. 4. ‘Me’ Time Luangkan masa untuk diri anda sendiri, ini bukan bermakna membiarkan anak anda tanpa diawasi tetapi anda boleh curi sedikit masa untuk merehatkan diri. 5. Bergaya dalam Berpakaian Setelah seharian menguruskan anak-anak dengan memakai pakaian yang sama, cubalah untuk menggantikan pakaian yang lebih segar dan boleh memberikan anda semangat. Anda juga boleh sedikit bergaya untuk menceriakan hari anda. 6. Tidur yang Cukup Untuk bertenaga sepanjang hari anda haruslah mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti. Kurangkan masa menonton tv atau melayari internet, tidur awal kerana anda boleh mulakan pagi anda dengan segar. 7. Snek Ketika lapar, anda boleh mengambil snek yang baik untuk kesihatan contohya oat dan biskut. Anda juga boleh mengambil makanan yang manis untuk menambah darah dalam badan seperti pisang atau yogurt. 8. Bersenam Bersenam lebih baik daripada tidur di waktu petang. Anda boleh memilih untuk bersenam bersama anak anda. Menyanyi dan menari bersama anak anda juga dikira satu senaman! 9. Luangkan masa Bermain dengan anak Bermain bersama anak bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti dan pemikiran anak anda, tetapi ia juga merupakan satu terapi untuk anda. 10. Ambil Suplemen Suplemen bukan sahaja baik untuk kesihatan, tapi ia baik untuk bekalkan tenaga yang berpanjangan. Untuk anda ibu muda kekal aktif sepanjang hari, saya cadangkan untuk mengambil Suplemen Tambah Tenaga daripada Shaklee! 1005254_10151644897403971_174577701_n 1. Vitalea with iron formula Ia adalah multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin penting dan 7 mineral penting. InsyaAllah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkat paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, kalsium, fosforus, vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang. 2. Energising soy protein (ESP) Energising Soy Protien (ESP) adalah protien sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang pagi.

    Minum Air Masak yang mencukupi
    Kekurangan air dalam dalam badan boleh mempengaruhi kesihatan sehingga mudah sakit kepala, penat dan kurang tenaga. Ketika anda penat, berhenti seketika dan minumlah sebotol air putih.

    Jaga Pemakanan
    Jangan skip makan terutamanya sarapan pagi atas alasan untuk diet. Pengambilan sarapan pagi amat penting bagi memastikan ibu-ibu bertenaga dan dapat melakukan pelbagai aktiviti di sepanjang hari. Sediakan juga snek yang berkhasiat di sisi anda, bila -bila lapar, ambil sahaja dan makan.

    Jaga Penampilan
    Penampilan yang cantik, kemas dan bergaya dapat memberikan semangat. Ia juga memberikan keyakinan untuk terus kekal aktif di tempat kerja.

    Bersenam
    Bersenam amat baik untuk kesihatan. Keluarkanlah peluh walaupun hanya berjalan-jalan santai di taman membawa anak-anak. Melakukan aktiviti seperti menyanyi dan menari bersama anak-anak juga adalah terapi yang sangat menggembirakan. 

    Exercise

    Dapatkan Bantuan Suami Tersayang.
    Ini adalah tips yang paling Hebat. Sekiranya penat mula terasa, dapatkanlah bantuan suami tersayang untuk membantu anda. Menjadi supermommy tidak bermakna segalanya perlu dilakukan oleh anda seorang. Supermommy yang hebat juga mempunyai SuperDaddy yang owesome. Sambil kerja-kerja rumah dibuat oleh suami, mommy bolehlah berehat sebentar dan melakukan aktiviti yang disukai.

     

    Supplemen Untuk Rohani dan Jasmani
    Sayangi tubuh dan hati kita.
    Untuk terapi ketenangan dan hati, banyakkan membaca Al Quran atau mendengar majlis-majlis ilmu yang kini dapat ditonton dengan mudah di TV. Untuk kesihatan badan yang berpanjangan juga, amalkan pemakanan tambahan seperti multivitamin Vita-Lea ini. 

    Vita-Lea Multivitamin Lengkap Untuk Dewasa

    Vita-Lea ini dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Tidak seperti multivitamin sintetik  lain di pasaran yang tidak sesuai diamalkan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang, Vita-Lea amat sesuai dimakan pada setiap hari. 

    Sekiranya mommy tidak suka minum susu dan sakit-sakit badan sudah mula terasa, amalkan pula Ostematrix ini. OsteMatrix membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

    Pengambilan 2 jenis vitamin ini sahaja sudah mencukupi seandainya supermommy tidak mempunyai masalah kesihatan yang yang lain. Dalam tempoh yang singkat memang akan terasa perbezaannya di mana badan akan lebih sihat, segar dan bertenaga walaupun perlu berjaga hingga lewat malam. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya 🙂

    poster page 1

    poster page 1

    Salam Sayang;

     

    (Visited 129 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    31 thoughts on “Kekal Cergas dan Aktif Setiap Hari – Diary Kehidupan Super Mommy

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge