• Ketahui Tentang Penyakit G6PD dan Pantang Larangnya ~

    Salam pembaca semua~
    Pernah dengar tak tentang penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Adakah penyakit ini  merbahaya? Jom kita timba ilmu tentang G6PD ini.

    Penyakit G6PD
    Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah. Ianya adalah penyakit genetik yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD. 

    Bagaimana G6PD Berlaku Kepada Bayi

    Maksud kekurangan enzim G6PD

    Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Selain hemolisis, pesakit G6PD juga mudah mengalami penyakit anemia. 

    Tanda-tanda G6PD
    Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad untuk  pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

    Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)

    • kelihatan pucat
    • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
    • pening
    • degupan jantung yang laju
    • sukar bernafas
    • sakit dada

    Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

    Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?

    Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:-

    • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
    • Ubat gegat
    • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
    • Minyak gosok
    • Kacang parang. 
    Kacang Parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh Pesakit G6PD

    Pastikan juga ibu-ibu mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Ibu-ibu yang menyusu bayi G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti  jadual di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

    Sumber: MyHealth Portal

    Nota Penting: Sekiranya anak demam atau sakit, pastikan ibu-ibu memberitahu kepada Doktor bahawa anak adalah penghidap G6PD bagi memastikan Doktor tidak memberikan ubat-ubat yang dilarang kepada pesakit G6PD.  

    Vitamin Shaklee dan Penghidap G6PD.
    Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau ibu menyusu bayi yang mempunyai G6PD. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP. Walaubagaimanapun ada juga ibu-ibu yang minum ESP tetapi tidak bermasalah dengannya. Sebenarnya ini bergantung kepada tahap G6PD Deficiency yang anda atau bayi alami. Rujuk doktor  terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami, ada yang sensitif dan ada yang kurang sensitif.

    Pengambilan Set Berpantang yang terdiri seperti Vita-lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix adalah selamat kepada ibu-ibu yang menyusukan Bayi G6PD.

    Salam sayang dan jumpa lagi 🙂

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 8,120 times, 32 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    15 thoughts on “Ketahui Tentang Penyakit G6PD dan Pantang Larangnya ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge