• Krim Ruam Lampin Bayi Terbaik

    Salam pembaca semua.

    Dalam entri yang lepas saya telah menceritakan jenis-jenis ruam yang sering terjadi pada bayi.  Pada kali ini saya akan ceritakan pula tentang ruam lampin secara terperinci. Ruam lampin antara ruam yang yang sangat mudah terjadi kepaDa bayi dan ruam ini sangat menyakitkan hingga boleh menyebabkan bayi menangis secara tiba-tiba. Mana tidaknya, ruam lampin ini sangat memedihkan dan adakalanya boleh sampai melecet.

    Ruam Lampin Pada Bayi

    Antara Penyebab Ruam Lampin

    • Najis Lambat Dibersihkan
      Najis yang dibiarkan lama tanpa dicuci adalah punca utama yang sering menyebabkan ruam lampin di samping kesan-kesan lain seperti jangkitan kuman. Ini lebih kerap berlaku sekiranya bayi mengalami masalah cirit-birit. Maka, bersihkanlah najis bayi dengan kerap dan gunakanlah lampin cloth diaper yang lebih selamat berbanding pampers biasa. Penggunaan Krim Herbal Blend Shaklee juga sangat membantu masalah ruam lampin bayi ini.
    • Kulit Bayi Alah Kepada Sabun atau Bahan Kimia
      Ruam  juga boleh terjadi berlaku apabila terdapat siasa sabun yang tertinggal semasa pakaian bayi dicuci. Kulit bayi yang sensitif akan terdedah kepada bahan kimia dari sabun tersebut.  Bahan kimia di dalam baby wipes tertentu juga boleh menyebabkan ruam lampin. Oleh yang demikian, gunalah pencuci yang khusus untuk pakaian bayi atau gunakan Pencuci Fresh Laundry Concentrate yang sememangnya selamat untuk pakaian bayi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

    • Air Kencing dan Jangkitan Kuman
      Bahagian punggung dan kemaluan yang basah akibat air kencing juga adalah antara penyebab ruam lampin yang kerap. Ini berlaku bila air kencing bayi bertindakbalas untuk menghasilkan ammonia dan acetone. Bahan-bahan inilah yang menyebabkan ruam atau radang kepada kulit bayi. Ia bertindak dengan memecahkan lapisan pelindung yang biasanya dihasilkan oleh kulit. Akibatnya, kulit menjadi merah dan mungkin membengkak. Ini juga memberikan laluan kepada kuman dan kulat untuk menyerang kawasan kulit berkaitan. Seperti masalah najis tadi, saya juga menyarankan penggunaan cloth diapers berbanding pampers biasa. Penggunaan Krim Herbal Blend juga amat digalakkan bagi memberikan perlindungan yang lebih kepada kulit bayi.

    Tips Mengelakkan Ruam Lampin

    • Tukarkan lampin bayi secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar.
    • Sesekali  biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik.  
      • Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara beredar di sekeliling punggung bayi. 

      .

    •  Cuci bahagian punggung dan kemaluan bayi dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Pastikan yang kulit bayi telah bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
    • Sapukan sedikit Krim Herbal Blend  secara nipis pada punggung bayi setiap kali menukar lampin.
    • Sekiranya masalah ruam lampin masih berterusan selepas 3-4 hari dan ianya bertambah teruk, bawalah anak berjumpa Doktor kerana kemungkinan jangkitan kuman yang lebih serius telah berlaku. 

    Nota: Jangan guna bedak talkum. Ia tidak melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan iritasi kepada kulit bayi.


    Jom kita tengok testimoni daripada ibu-ibu yang berpuasa hati dengan penggunaan Krim Herbal Blend ini.

    Herbal Blend Membantu Masalah Ruam Lampin Bayi

    Herbal Blend Membantu Pelbagai Masalah Kulit Bayi
    Herbal Blend Untuk Seisi Keluarga

    Pengalaman saya sendiri, Krim Herbal Blend ini memang sangat bagus sebab ia boleh digunakan untuk seisi keluarga, daripada bayi akmal sampailah ke nenek Akmal hihi. Jimat pun sangat jimat sebab harganya jauh lebih murah berbanding Krim lain yang pernah saya beli dahulu.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi. 

    Dapatkan Krim Herbal Blend Anda Sekarang

      Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 216 times, 1 visits today)

    Categories: Uncategorized

    Tags: ,

    19 thoughts on “Krim Ruam Lampin Bayi Terbaik

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge