• Nilai Sekeping Sijil ~ Antara Minat dan Cita-Cita

    Salam semua 🙂

    Tiba-tiba sahaja teringat kisah semalam apabila ada seorang kenalan yang menceritakan masalah yang berlaku kepada adiknya. Alkisahnya si adik ini yang baru sahaja menyambung pelajarannya di sebuah universiti dalam bidang perakaunan mengambil keputusan berhenti belajar kerana tidak minat dengan kursus yang diambilnya. Memang sedih sahabat saya ini dan juga kedua ibu-bapanya.

    Antara Minat &  Memenuhi Keinginan Orang Lain
    Si Adik ini sebenarnya dari awal lagi ingin menjadi seorang pelukis. Bagi orang tua, kerjaya sebagai pelukis mungkin dianggap sebagai kerjaya yang kurang menjamin masa depan. Si ayah ingin anaknya menjadi seorang akauntan dan bekerja di syarikatnya suatu masa nanti. Maka dari kecil lagi si adik ini sering didedahkan dengan dunia perniagaan. Namun kita hanya mampu merancang, segalanya ditentukan oleh Allah apabila minat si adik lebih kepada melukis.

    Nilai Sekeping Sijil
    Memang sukar untuk menenangkan hati kenalan saya ini. Lantas, saya berkongsi kisah saya sendiri suatu masa dahulu. Bezanya, kisah saya bermula apabila saya perlu belajar di dalam bidang yang bukan saya minati disebabkan hanya itu kursus yang ditawarkan untuk saya. Memang segalanya agak sukar bagi saya belajar sesuatu yang bukan saya sukai bermula daripada diploma, degree hinggalah ke Msc. Namun atas dasar tanggungjawab dan saya percaya usaha itu tangga kejayaan, saya teruskan juga walaupun terlalu banyak dugaan yang berlaku. Akhirnya saya berjaya juga namun feel untuk mengaplikasikan sebahagian besar apa yang telah saya pelajari itu bagikan tiada di dalam jiwa.

    Sesekali terlintas juga, mungkin kalau saya menceburi bidang yang saya suka dari awal lagi, saya telah lebih daripada berjaya berbanding apa yang saya perolehi pada masa ini. Namun kita harus kembali semula kepada konsep ‘Qada’ dan Qadar’ di mana kita hanya mampu merancang ~

    Walaupun mungkin sahabat saya tadi tidak dapat 100% jawapan yang mampu memuaskan hatinya, tetapi saya percaya bahawa beliau juga mengerti bahawa ‘minat adiknya itu boleh dipupuk menjadi kerjaya yang lebih bermakna’. Siapa tahu beliau mampu menjadi pelukis terkenal di dunia suatu hari nanti? Terkenal dan setanding dengan Michelangelo atau LEONARDO DA VINCI yang melukis potret Monalisa? Mampu membuka galeri lukisan sendiri atau paling kurang menjalankan perniagaan yang berunsurkan lukisan secara besar-besaran? Mungkin itu lebih baik daripada memaksa adiknya mempelajari sesuatu yang langsung tiada di hatinya ~

    Dan sememangnya ada perkara juga yang lebih baik ditinggalkan tanpa sebarang jawapan. Nasihat saya kepada adik-adik  yang masih lagi berbelah bahagi untuk memilih laluan kerjaya, jika boleh pilihlah kerjaya yang menjadi kesukaan ibu bapa kita, usahakan terlebih dahulu kerana keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibu Bapa. Namun andai tidak mampu juga, pilihlah kerjaya yang kita minati minati namun jangan lupa untuk mendapatkan RESTU daripada ibu bapa kerana restu ibu bapalah yang akan membawa kita kepada BAHAGIA.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi 🙂

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com
    (Visited 65 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags:

    One thought on “Nilai Sekeping Sijil ~ Antara Minat dan Cita-Cita

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge