• Pengangkutan Awam Ke Ibu Pejabat Shaklee di The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway

    Salam semua 🙂

    Hihi, pelik tak baca tajuk entry saya kali ini? Memang sedikit pelik sebab biasanya mereka yang datang ke Ibu Pejabat Shaklee (HQ) akan menaiki kenderaan sendiri, jarang-jarang sangat yang naik pengangkutan awam. Sebab itu lah bila ditanya apa pengangkutan awam yang paling dekat dengan The Pinnacle ini, memang ramai yang tidak tahu.

    Pada minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah menghadiri Kelas Nutrisi Terbaik yang dibuat khas untuk Group Shaklee kami di Pinnacle. Memang seronok sangat sebab kami dapat belajar dengan lebih terperinci tentang nutrisi khas yang sesuai untuk pembesaran dan kesihatan kanak-kanak. InsyaAllah entry tentang ini akan saya tuliskan tidak lama lagi.

    Alamat Ibu Pejabat Shaklee di Pinnacle, Sunway

     Ok, berbalik pada cerita pengangkutan awam ini, untuk makluman pembaca semua, pengangkutan awam yang paling hampir dengan Pinnacle adalah KTM Komuter iaitu Stesen Seri Setia. Sekiranya di kawasan pembaca tidak ada komuter, bolehlah naik mana-mana kenderaan awam lain seperti bas atau ERL atau LRT dan berhenti di KL Sentral. Daripada KL Sentral ini bolehlah kita ambil Komuter dan berhenti di Stesen Seri Setia. Sebenarnya boleh juga jika nak berhenti di stesyen yang seterusnya iaitu Setia Jaya, tapi Setia Jaya adalah kawasan yang agak padat dan jem. Jadi lebih senang jika kita berhenti di Stesen Seri Setia ini.

    Laluan KTM Komuter

    Apa yang paling saya suka dengan komuter ini ialah dia ada Gerabak yang khusus untuk wanita dan  kaum lelaki memang tidak boleh masuk ke sini. Mudahlah bagi ibu-ibu menyusu untuk menyusukan anak-anak mereka di coach ini. 

    Gerabak Khas Untuk Wanita

    Stesen KTM Komuter Seri Setia.

    Setelah sampai di stesyen ini, bolehlah ambil teksi ke Pinnacle. Kadang-kadang ada juga pemandu teksi yang tidak berapa arif di mana letaknya Pinnacle ini kerana ianya adalah kawasan baru. Pinnacle ini letaknya betul-betul di Sebelah Sunway Piramid. Tambang Teksi ke sini biasanya lebih kurang RM6 sahaja. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menaiki kenderaan awam ke Pinnacle atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya berjaya tiba di sana tepat pada waktunya.

    Jom Belajar 🙂

    Salam Sayang;

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

     

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 351 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: ,

    7 thoughts on “Pengangkutan Awam Ke Ibu Pejabat Shaklee di The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge