• Sedihnya Nak Bercerai Susu – Tips Cerai Susu @ Wean Off Yang Menjadi

    Cerai Susu? Wean Off? Aduh, sedihnya. Mek ila percaya perasaan sedih ini memang berlaju kepada semua ibu dan juga anak-anak yang melalui proses wean off. Masih teringat lagi ketika Arif genap 2 tahun, Mek ila memberikan Arif susu menggunakan botol buat kali yang pertama. Memang mengalir air mata apabila perlu memberikan anak susu selain daripada susu ibu semasa proses wean off ni. Perasaan yang sama mungkin akan berulang kembali kerana baby Akmal juga bakal berusia 2 tahun tidak lama lagi.

    Kek Comel Arif

    Kek Comel Arif

     

    Sebenarnya banyak peristiwa yang boleh terjadi semasa proses wean off ini berlaku. Ada anak-anak yang merajuk sampai langsung tidak mahu susu lain. Ada yang buat mogok, ada juga yang tetap mahu meneruskan penyusuan walaupun pelbagai cara tradisional telah dicuba. Sekiranya anak-anak yang tidak mahu minum susu lagi, ibu bapa janganlah terlalu bimbang kerana sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber-sumber makanan lain selain susu.

    Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dipraktiskan untuk bercerai susu, tetapi Mek ila memilih cara psikologi berbanding cara yang lain. Di dalam hati  berkata ‘ nak cuba cerai susu dulu dengan kerelaan Arif sendiri, jika tak boleh, barulah cuba cara yang lain’.

    Teknik Psikologi
    Tahukah pembaca semua anak-anak terutamanya yang bakal memasuki usia dua tahun telah pun mempunyai keupayaan yang cukup untuk memahami arahan dan percakapan ibu bapanya? Cuma mungkin sahaja mereka masih belum mampu membalas dengan bahasa yang betul. Paling tidak akan keluar perkataan ‘ Nak @ Nanak (Tak Nak) daripada mulut mereka yang comel itu.

    Dua bulan sebelum bercerai susu, Mek ila akan bercakap-cakap dengan Arif semasa proses penyusuan lebih kurang ayat seperti berikut:-

    Nanti dah 2 tahun, Arif tak boleh minum susu ibu lagi tau, sebab Arif dah besar. Arif kena belajar minum susu botol. Ibu tak bagi susu bukan sebab ibu tak sayang, tapi Ibu nak Arif belajar berdikari, nanti bolehlah ikut papa pergi kebun lama-lama. bla.. bla... dan macam-macam cerita lagi apabila Arif dah 2 tahun tu. 

    Pada peringkat awal Arif akan kata ‘ Nanak, Nanak, tapi lama kelamaan Arif akan mengangguk bila ditanya ‘ Faham tak sayang’?

    Pujukan menggunakan teknik psikologi ini perlu dibuat dalam tempoh yang lama bagi memberikan peluang dan ruang kepada anak untuk memahami mengapa dia bakal bercerai susu dan bukannya dibuat dalam tempoh yang drastik seperti sehari ataupun seminggu.  Kalau dibuat dalam tempoh yang singkat memang merajuklah anak kita kan? Hihi.. silap-silap memang mogok dibuatnya ~

    Memang susah hati kalau si manja mula mogok

    Tips Bercerai Susu Secara Psikologi

    1. Seawal 2 bulan sebelum proses bercerai susu dibuat, selalulah bercerita dan bercakap dengan anak tentang proses bercerai susu ini. Ini bagi memberikan anak masa untuk memahami dan mahu bercerai susu mengikut kerelaan hatinya. 
    2. Sesekali di luar waktu penyusuannya, berikan anak susu lain bagi memastikan anak kita boleh minum susu lain dan bebas dari masalah alahan susu (lactose intolerance). Mek ila dulu tidak membeli susu, sebaliknya memberikan sample susu yang boleh diperolehi di pasaraya.
    3. Setelah waktu yang dijanjikan sampai, mintalah izin anak untuk memulakan proses bercerai susu secara berperingkat seperti ‘ Arif dah kena minum susu dalam botol kan hari ni? 
    4. Proses bercerai susu yang sepenuhnya mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau sebulan mengikut kekuatan emosi anak dan ibu , jadi praktiskan juga tips-tips di bawah di sepanjang proses wean off tersebut.
      • Kurangkan dahulu sesi penyusuan sebelum berhenti sepenuhnya.
      • Jangan tawarkan susu tetapi jangan menolak jika anak meminta. Sebelum memberikan anak susu, pujuklah dia dahulu seperti ingatkan anak yang beliau telah berjanji untuk belajar berhenti susu atau alihkan tumpuan anak kepada perkara lain. Jika anak ok, bolehlah kita menolak, jika anak masih meminta berikanlah sedikit tetapi pujuklah dia untuk tidak menyusu lagi atau menyusu menggunakan botol.
      • Berikan anak makan makanan yang mengenyangkan agar anak kurang meminta susu
      • Kurangkan sesi penyusuan pada setiap hari contohnya hanya sekali pada waktu malam, itupun jika diminta oleh anak.Waktu malam adalah waktu yang paling kritikal kerana kebanyakan anak sudah terbiasa tidur dengan cara menysu sehingga terlelap.
      • Jangan salin baju di depan anak kerana ini akan membuatkan anak nampak dan teringat susunya. Pakailah pakaian yang sukar untuk diselak oleh anak.
      • Gunakan teknik lain untuk menidurkan anak seperti membuaikan anak, membacakan buku cerita atau memberikan  anak susu melalui botol.
      • Sentiasa belai dan cium anak bagi memberikan kekuatan dan menunjukkan kita tetap menyayanginya walaupun beliau telah berhenti susu. Mintalah bantuan terdekat seperti minta suami bawa anak berjalan-jalan di luar tanpa kehadiran ibu. Ini akan membuatkan anak yakin bahawa proses ‘tidak menyusu dengan ibu’ itu bukanlah sesuatu yang sukar.

    Emosi anak juga memang akan sedikit terganggu semasa proses wean off dijalankan. InsyaAllah dengan persediaan, ilmu  dan semangat yang kuat daripada ibu, anak dan ayah, proses wean off ini bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya menjadi permulaan kepada anak kita untuk lebih berdikari dan menjadi insan yang lebih dewasa.

    Salam sayang;

    (Visited 666 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak, Panduan Penyusuan

    Tags:

    5 thoughts on “Sedihnya Nak Bercerai Susu – Tips Cerai Susu @ Wean Off Yang Menjadi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge