-
Talasemia Boleh DiCegah ~ Jalani Ujian Saringan Talasemia
Salam semua ~
Semalam Mek ila berjumpa dengan seorang rakan lama yang anaknya menghidap talasemia major. Sedihnya bila mendengar cerita bagaimana anaknya perlu dirawat pada setiap bulan untuk pemindahan darah. Sememangnya kesakitan yang ditanggung oleh anak-anak juga menjadi penderitaan kepada ibu bapa. Ketika Mek ila berkahwin dulu, ujian Saringan Talasemia ini masih belum diwajibkan seperti Ujian HIV. Jadi memang ada pasangan yang tidak mengetahui mereka berdua adalah pembawa sehinggalah bayi yang lahir disahkan sebagai penghidap talasemia.
Bagaimana Talasemia Boleh Diwarisi?
(Sumber utama: MyHealth Portal)
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.Bagaimana Talasemia Diwarisi Kepada Anak-Anak Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh dipindahkan melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu:-
Pembawa gen talasemia ( talasemia minor)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan pula hanya boleh dibuat melalui ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Pesakit talasemia (talasemia major)
Pesakit talasemia major pula akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan seperti:- Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
- Jaundis
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
- Tumbesaran terbantut
- Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Walaubagaimanapun, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Proses pemindahan darah kepada kanak-kanak memang sedikit menyakitkan Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi atau iron chelators adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga boleh dijalankan, sementara rawatan gen masih di dalam kajian.
Komplikasi Talasemia
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia. Oleh yang demikian, lakukanlah ujian saringan talasemia walaupun anda belum merancang untuk berkahwin.Ini kerana apabila disahkan sebagai pembawa, bolehlah kita mengelakkan diri untuk bercinta atau merancang untuk berkahwin dengan pembawa talasemia. Seperti kisah sahabat saya tadi, mereka berdua hanya tahu bahawa mereka adalah pembawa gen talasemia ketika mereka bakal berkahwin dan mereka meneruskan perkahwinan tersebut kerana cinta dan jarak yang singkat. Sememangnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
Di Malaysia, terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan untuk Pesakit Talasemia. Ibu Bapa boleh mendapatkan maklumat berkaitan dan berkongsi ilmu dengan para pesakit yang lain di sini.
(Visited 1,212 times, 1 visits today)Sedihnya Nak Bercerai Susu – Tips Cerai Susu @ Wean Off Yang Menjadi Aaisyah Dhia Rana, Nama Bayi Rozita Che Wan dan Zain Saidin
One thought on “Talasemia Boleh DiCegah ~ Jalani Ujian Saringan Talasemia”
Leave a Reply
Talasemia Boleh DiCegah ~ Jalani Ujian Saringan Talasemia
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
Komen Terkini
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- SHARIFAH MUHAMAD NOR on Apa Nak Buat Bila Tangan & Kaki Terasa Kebas? Vitamin Ini dapat Membantu!
- nurul nadya on Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (80)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Wow!! Best Sangat!
Memang bahaya talasemia ni..