• Vitamin Shaklee Untuk Sakit Gigi Yang Teramat Ketika Mengandung

    Salam semua 🙂

    Hari ni saya nak kongsikan tentang masalah sakit gigi bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Sakit gigi ini memang menyakitkan apa lagi kalau kita mengalaminya ketika mengandung. Di atas sebab-sebab keselamatan, ibu yang mengandung biasanya tidak digalakkan menjalani rawatan seperti menampal atau mencabut gigi ketika mengandung terutamanya ketika trimester pertama dan ketiga.  

    Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan yang melibatkan perkembangan janin. Oleh yang demikian, sebarang rawatan yang membabitkan suntikan yang masuk terus ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan sakit serta imbasan X  Selain itu, Ibu yang hamil di trimester ketiga pula dikatakan tidak selesa lagi untuk berbaring di kerusi dental kerana berat bayi akan memberikan tekanan kepada abdomen. Kerana itulah, memang terdapat ibu-ibu yang hanya mampu menahan kesakitan sahaja disebabkan sakit gigi ketika tempoh itu. Dan kerana itu jugalah, wanita yang sering sakit gigi akan dinasihatkan oleh Doktor untuk merawat masalah tersebut terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil semula.

    Antara Penyebab Sakit Gigi Ketika Hamil
    (Sumber : Majalah Pa & Ma)

    Perubahan Hormon
    Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu hamil  mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit gusi kronik yang dipanggil periodontal disease yang akhirnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.

    Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.

    Kerosakan Gigi
    Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan sering muntah, jus gastrik yang bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi. Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.

    Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.

    Perubahan Keperluan Nutrisi
    Seperti yang kita sedia maklum bayi yang sedang membesar memerlukan pelbagai nutrisi seperti kalsium untuk untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan nutrisi ini dari tubuh ibunya. Maka ibu hamil perlu memastikan jumlah nutrisi yang diambil adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan ibu sendiri. Kekurangan nutrisi penting seperti kalsium dan Vitamin C juga boleh membuatkan ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keradangan gigi.

    Vitamin Shaklee Untuk Gigi Yang Sihat

    Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi terutamanya bagi ibu hamil bergantung kepada masalah yang dialami.

    Vita-C Plus
    Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. 

    Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

    Ostematrix
    Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi.

    OsteMatrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

    Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt dan keju. Namun begitu, sekiranya anda merupakan seseorang yang tidak suka akan produk berasaskan tenusu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil Ostematrix. Istimewanya Ostematrix adalah ianya terdiri daripada gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan kita sembelit dan kita lebih selamat dari risiko mendapat batu karang.

     

    Garlic Complex
    Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.  

    Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria.  Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.

    Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Dengan Set Penjagaan Gigi Shaklee.
    Untuk memesan whatsapp: 012-8943453
    (Visited 179 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Produk Shaklee

    Tags: ,

    12 thoughts on “Vitamin Shaklee Untuk Sakit Gigi Yang Teramat Ketika Mengandung

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge