• 12 Tanda Awal Kehamilan :-)

    Salam pembaca semua 🙂

    Bagi pasangan yang telah lama berumahtangga, pastinya tidak sabar-sabar untuk menimang cahayamata. Maklumlah kehadiran anak-anak sememangnya satu anugerah berharga dan bakal menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.

    Bagi yang telah merancang untuk mendapatkan anak, bahagian yang paling mendebarkan ialah  perasaan anda sendiri. ‘Hamil ke tidak ni”? Positif ke Tidak?

    Bagaimana ingin mengetahui bahawa diri anda telah pun mengandung? Jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan ini.

    Munculnya pendarahan yang ringan
    Ini adalah tanda paling awal yang boleh dikesan. Darah ini dipanggil pendarahan implantasi dan biasanya muncul sebelum tarikh period sebenar yang akan datang. Darah ini hadir kira-kira 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi iaitu sekitar 7-10 hari sebelum tarikh period yang sebenar.   

    Pendarahan ringan ini berlaku disebabkan oleh implantasi atau pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus. Pendarahan ini adalah ringan dan  biasanya berlaku selama satu atau dua hari.

    Kerap Membuang Air Kecil
    Sebaik sahaja embrio mula melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati bahawa anda makin kerap ke tandas berbanding biasa. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir di dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

    Payudara Melembut dan Membengkak
    Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

    Keletihan
    Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan bakal ibu  berasa letih seperti baru selesai berlari walaupun dengan hanya menjalankan rutin harian yang biasa seperti bekerja di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.


    Perubahan Pada Deria Rasa
    Anda mungkin mengalami  perubahan pada deria rasa atau lebih sensitif terhadap bau. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat menahan bau kopi, teh atau makanan lain yang biasanya mereka suka. Ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda.

     

    Mengidam
    Mengidam juga merupakan tanda-tanda awal kehamilan. Perubahan pada deria rasa yang disebabkan oleh perubahan hormon mungkin membuatkan anda tiba-tiba ingin menikmati sesuatu yang jarang  atau tidak disukai sebelum ini.


    Mual  atau Muntah
    Ini merupakan tanda-tanda yang paling kerap dialami oleh wanita hamil. Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Tetapi bagi yang lain, mabuk hamil ini telah pun dirasai seawal dua hari selepas persenyawaan di mana anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pada waktu pagi, petang atau malam.

    Sakit punggung atau Kejang (Cramp)
    Sakit punggung atau kekejangan akan dirasakan di saat awal kehamilan dan mungkin berterusan sehingga akhir kehamilan. Ini kerana rahim  akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. 

    Peningkatan Suhu Badan

    Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat daripada biasa. Keadaan ini biasanya berterusan hingga ke hujung kehamilan

    Pengsan
    Ibu hamil juga boleh pengsan sekiranya kadar jumlah gula di tubuh adalah rendah. Oleh yang demikian, pastikan anda makan dengan seimbang dan minum air masak secukupnya agar badan  mempunyai bendalir tubuh yang mencukupi.

    Tidak datang period
    Ini adalah tanda yang biasanya cukup digemari oleh mereka yang sememangnya menunggu untuk hamil. Sekiranya period anda sememangnya teratur dan anda telah melepati tarikh haid yang sepatutnya, segeralah membuat ujian kehamilan menggunakan kit kehamilan yang boleh dibeli di pasaraya atau farmasi.

    Jangan bersedih sekiranya ujian tersebut negatif, lakukanlah ujian beberapa hari lagi untuk hasil yang lebih tepat. Ini kerana kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan hanya selepas beberapa hari selepas kelewatan haid.

    Hasil Positif di Kit Kehamilan
    Jika hasilnya positif, tahniah kerana anda telah pun benar-benar hamil. Doa saya agar kehamilan anda selamat hingga ke penghujungnya.
     

    Tempuhi kehamilan dengan hati yang tabah dan menggembirakan walaupun mungkin terdapat sedikit masalah semasa kehamilan tersebut. Baca lebih lanjut tentang Tips Penjagaan Ibu Hamil di sini.

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 914 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: ,

    15 thoughts on “12 Tanda Awal Kehamilan :-)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge