• 6 Fakta Tentang Rambut Yang Ada Mungkin Tidak Tahu

    Salam semua 🙂

    Jom kita tengok fakta yang unik tentang rambut.

    • Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Kalau tak percaya jom kita tengok gambar Aaron Aziz ni kan? Bila gaya rambut tersebut sesuai, memang nampak handsome 🙂
    Jangan marah ye abang Aaron 🙂
    • Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
    • Walaupun rambut hanya kelihatan seperti 1 objek yang sangat halus, ianya mempunyai 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.

    • Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
    • Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
    • Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
    • Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
    Rambut yang sihat dan bersinar memang jadi idaman!

    Semua orang terutamanya kaum wanita  pasti mengidamkan rambut yang sihat dan bersinar kan? Jom kita ikuti tips-tips di bawah :-

    1. Cuci rambut dengan syampoo yang sesuai sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari sekali. Bagi yang mempunyai rambut berminyak pula, cucilah rambut dengan lebih kerap pada setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

    2. Penggunaan Conditioner juga amat penting bagi penjagaan rambut yang sihat. Syampoo hanya bertindak untuk membersihkan rambut manakala penggunaan Conditioner pula adalah untuk menutup kembali kutikel rambut, memberikan kelembapan dan nutrisi kepada rambut.

    3. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut  dikeringkan dahulu sekiranya anda memakai tudung. Pakai tudung ketika rambut masih dalam basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

    Set Penjagaan Rambut Gugur Shaklee

    Set Penjagaan Rambut Gugur Shaklee terdiri daripada Zinx Complex, B Complex, ESP dan Revitalizing Shampoo.

    Set Penjagaan Rambut Shaklee

    Bagi Penjagaan Rambut yang sihat dan berkekalan pula, gunakanlah Set Penjagaan Rambut Prosante yang selamat dan 100% semulajadi.

    Set Penjagaan Rambut Prosante
    Ingin Mendapatkan Set Penjagaan Rambut Shaklee?
    Jom dapatkan pada harga yang istimewa hari ini ~

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

     
    (Visited 264 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “6 Fakta Tentang Rambut Yang Ada Mungkin Tidak Tahu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge