• Banjir di Kelantan Semakin Meruncing?

    Ketika ini hampir seluruh rakyat Malaysia sedang berdukacita dan turut sama bersedih dengan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Setiap minit, ada sahaja update atau perkembangan terkini berkaitan banjir yang dikongsikan di media-media sosial termasuk facebook, whatsapp dan juga telegram.

    Antara berita yang paling menyayat hati dalam 2-3 hari yang lepas tentulah  kejadian banjir yang berlaku di Kuala Krai apabila ianya hampir menenggelamkan keseluruhan kawasan tersebut termasuklah Hospital Kuala Krai yang dikatakan berada di kawasan yang paling tertinggi.

    Stesyen Minyak Kuala Krai

    MRSM Kuala Krai
    Hospital Kuala Krai

    Ini cumalah  sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil di lokasi kejadian. Belum lagi gambar-gambar kematian mangsa banjir yang berlaku disebabkan bencana ini. Malah ibu saya sendiri tidak sanggup untuk membeli surat khabar ketika ini kerana tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar mangsa banjir yang disiarkan.

    Namun masih ada juga insan-insan tidak bertanggunjawab yang terlalu suka dan gemar untuk menyebarkan maklumat atau gambar-gambar palsu berkaitan banjir hingga menimbulkan kepanikan kepada orang ramai. Sangat-sangat tidak bertanggungjawab!!. Andai tidak mampu membantu, janganlah pula kita menyusahkan orang lain dengan cerita-cerita rekaan itu.

    Di waktu entry ini ditulis, menurut Berita Harian Online, banjir di Kelantan juga semakin meruncing manakala di Kedah semakin pulih.

    Berikut adalah statistik mangsa banjir yang terlibat sehingga jam 9.00 pagi hari ini. Ketika jam 9.00 pagi hanya seramai 55,960 mangsa direkodkan di Kelantan dan jumlah ini telah bertambah menjadi 81,925 pada jam 3.30 petang ini. Ya Allah, satu peningkatan yang sangat mendadak.

    Statistik Mangsa Banjir: Credit BH Online

    Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terlibat sentiasa tabah dalam menghadapi ujian yang tidak terduga ini. Saya dan rakyat Malaysia yang lain akan turut mendoakan dan membantu sedaya yang boleh.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 316 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags:

    One thought on “Banjir di Kelantan Semakin Meruncing?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge