• Identiti Dr R Hot FM Terbongkar Sepenuhnya di Konti ?

    Salam semua  ~

    Apa khabar pembaca semua? Moga hari ini dan seterusnya akan memberikan kebahagiaan dan keceriaan buat semua 🙂

    Ada tak yang suka dengar radio? Sebenarnya saya sering juga mendengar Hot FM di waktu pagi. Antara segmen yang menjadi kegemaran saya adalah  Hot AM Crew dan biasanya suasana bertambah ceria dengan kehadiran Dr R di konti pada setiap pagi hari Rabu dan Jumaat setiap minggu.

    Memang tersenyum selalu bila dengar celoteh Dr R

    Walaupun ramai yang telah mengetahui Dr R ini adalah Datuk Rosyam Nor, namun ada juga yang tidak tahu siapa sebenarnya pemilik suara ini memandangkan beliau sering digambarkan sebagai seorang Doktor yang pakar dalam bidang kaunseling dan soal jawab cinta. Yang bestnya Dr R ni walaupun kelakar, namun jawapan yang diberikan pada setiap soalan memang best dan makan dalam. Beliau juga sering memberikan tips-tips amalan kerohanian yang boleh kita amalkan seperti zikir dan doa-doa bagi menjadikan kehidupan kita lebih gembira dan diberkati.

    Pagi tadi, mungkin tanpa disengajakan atau disebabkan gabra salah seorang peserta Pop Crew telah terpanggil beliau sebagai Datuk Rosham ketika bertanyakan soalan. Maka 1 Malaysia telah dengar dan hampir pasti bahawa Dr R itu adalah Rosham Nor. Hihi, nasib lah kan 🙂

    Dr R di majlis perkhawinan anak perempuannya

    Siapa pun beliau, saya tetap sukakan mesej-mesej santai yang disampaikannya. Memang benar bukan mudah untuk menjadi da’I namun adakalanya dalam kesederhanaan itu lebih ramai yang dapat mengikuti mesej-mesej yang disampaikan dengan lebih berkesan, InsyaAllah.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 138 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: ,

    8 thoughts on “Identiti Dr R Hot FM Terbongkar Sepenuhnya di Konti ?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge