• Kasut Tumit Tinggi Punca Plantar Fascitis? Bahaya Ni ~

    Salam pembaca semua 🙂

    Pernah dengar tentang Plantar Fascitis? Memang sangat asing bunyi kan, kalau Planta tu biasalah kita dengar. Jom kita  dapatkan info lanjut tentang Plantar Fascitis ini.

    Wanita dan Kasut Tumit tinggi
    Penampilan wanita pastinya lebih anggun dan bergaya bila mengenakan kasut yang sesuai dengan warna pakaian dan beg tangan. Tambahan pula terdapat banyak rekaan kasut pelbagai jenama yang menarik dan cantik di pasaran hari ini. Namun tanpa kita sedari, pilihan kasut yang yang tidak sesuai dengan bentuk kaki dan berat badan seseorang boleh menjejaskan kesihatan di mana sakit tumit atau plantar fascitis boleh berlaku. Plantar fascitis merujuk kepada bengkak atau radang yang berlaku pada tisu yang menyokong lengkungan kaki yang dikenali sebagai sascia. Kesakitan yang dirasakan adalah sakit yang tajam, menyucuk, dan kadang kala akan berdenyut di bahagian tumit (sebelah dalam).

    Plantar Fascitis juga boleh menyebabkan berlakunya Heel Spurs

    Penyebab Plantar Fascitis
    (Sumber Utusan Melayu)

    Menurut Pakar Perunding Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Pemulihan KPJ Tawakkal, Dr. Saini Jeffery Freddy Abdullah, kasut yang tidak sesuai merupakan salah satu penyebab terjadinya sakit tumit selain berdiri terlalu lama ataupun berjalan terlalu lama.

    Tambah beliau, sakit tumit merupakan masalah kaki yang kerap berlaku kerana ia terdiri daripada masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung, atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada sascia. Radang ini disebabkan oleh tiada lengkungan pada kaki serta kaki mendatar yang memberi lebih tekanan serta berulang-ulang pada plantar sascia.

    Selain individu  yang banyak melakukan aktiviti, sakit tumit juga tidak terkecuali kepada ahli-ahli sukan di mana akan berlaku hentakan pada tumit akibat terlalu banyak berlari. “Sakit tumit juga boleh disebabkan oleh kekejangan otot betis, sakit tulang belakang, dan juga penggunaan terlalu banyak otot-otot betis.Selain itu, penyakit tulang belakang juga antara punca sakit tumit di mana jika terkena pada urat saraf tulang belakang ia boleh menjalar hingga ke tumit kaki.  

    “Bagaimanapun sakit tumit ini bukanlah disebabkan faktor umur dan ia juga bukanlah satu penyakit usia,” katanya lagi.

    Rawatan Untuk Plantar Fascitis

    • Rehatkan Kaki. Jika boleh limitkan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan pada kaki.
    • Untuk mengurangkan kesakitan, letakkan ais pada kaki. Ambil ubat-ubatan yang boleh mengurangkan keradangan. Suntikan steroid adalah berkesan melegakan sakit tetapi tidak boleh dilakukan dengan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan raptur plantar sascia.
    • Memakai Night Splint Ketika Tidur
    • Lakukan  aktiviti  regangan otot kaki yang bersesuaian
    • Pilih kasut yang boleh menyerap hentakan dan dan mempunyai sokongan pada kaki


    Set Sendi Shaklee
    Sama seperti masalah sendi yang lain seperti Osteoarthritis  dan Carpal Tunnel Syndrome,  berikut adalah Set Vitamin yang sesuai untuk merawat Plantar Fascitis.

    Set Sendi Shaklee

     

    Fungsi Set Sendi Shaklee

    Vivik Shaklee juga amat bagus diamalkan untuk kesihatan sendi. Vivix membantu menguatkan sel tubuh, membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita akan rasa sakit di sana dan sini, malah ingatan juga berkurangan.  Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Baca lebih lanjut tentang Vivix di sini.

    Dapatkan Set Sendi Anda Hari Ini.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    (Visited 569 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    8 thoughts on “Kasut Tumit Tinggi Punca Plantar Fascitis? Bahaya Ni ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge