• Masalah Alahan Laktosa dan Susu Lembu Yang Boleh Membahayakan Kanak-Kanak

    Salam semua ūüôā

    Tidak lama lagi si comel saya Akmal Faiz bakal berusia 2 tahun. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Terasa bagikan baru sahaja saya melahirkan si comel ini. Bakal menginjak usia 2 tahun juga merupakan saat-saat yang agak menyedihkan kerana Akmal bakal bercerai susu dengan ibunya. Mudah-mudahan proses bercerai susu ini nanti semudah seperti yang pernah dilalui oleh abangnya dulu.

    Si Comel Akmal Ketika Berusia Seminggu

    Di dalam entry  terdahulu, saya ada kongsikan beberapa tips untuk wean off secara psikologi. Salah satu tips yang perlu dibuat sebelum bercerai susu adalah menguji sama ada anak kita tadi mempunyai Lactose Intelorance  atau  Milk Cow Allergy. Ini adalah penting kerana apabila bercerai susu ibu, ada kemungkinan anak kita masih ingin meneruskan penyusuan menggunakan susu yang lain. Namun jika anak menolak untuk menyusu, ibu bapa tidak perlu bersedih kerana sumber kalsium juga masih boleh diperolehi daripada sumber makanan lain selain susu. 

    usu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

    usu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.
    usu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

    Alahan Laktosa
    Susu dan hasil tenusu mengandungi laktosa (gula susu) yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke dalam aliran darah. Laktosa ini akan dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. 

     

    Alahan laktosa berlaku apabila tubuh anak tadi tidak berupaya untuk menghadamkan laktosa tadi. Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase di lapisan usus dan ianya boleh berlaku secara sementara atau kekal.


    Tanda-Tanda Alahan Laktosa
    Gejala ini biasanya akan kelihatan dalam¬† tempoh ¬Ĺ hingga 2 jam selepas bayi mengambil makanan yang mengandungi laktosa:-

    • Bayi merengek dan menangis
    • Perut kembung dan memulas
    • Berak cair / cirit birit yang berbau busuk
    • Kentut yang berlebihan
    • Kulit melecet di bahagian punggung

    Pastikan ibu bapa membawa anak-anak berjumpa Docktor untuk mengenalpasti jenis alahan laktosa yang berlaku sama ada ia bersifat sementara ataupun kekal. Bagi yang bersifat kekal, anak-anak akan dicadangkan untuk mengambil susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya. Bagi yang bersifat sementara pula, pelan pemakanan yang bersesuaian akan membantu mengatasi masalah ini.

    Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.



    Alahan Susu Lembu

    Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini? Gejala ini akan kelihatan ¬Ĺ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa: Bayi merengek dan menangis. Perut kembung dan memulas Berak cair yang berbau busuk Kentut yang berlebihan Kulit melecet di bahagian punggung

    Alahan Susu Lembu pula merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu.Menurut kajian terdapat 1-5 % bayi ada alahan kepada protein yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.

    Pelbagai produk tenusu yang mengandungi protein susu lembu

    Tanda-Tanda Alahan Susu Lembu

    • Ekzema ‚Äď kulit menjadi kering, merah dan gatal di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
    • Bengkak bibir, muka dan mata. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
    • Sesak nafas dan berbunyi
    • Cirit-Birit
    • Muntah
    • Najis Berdarah.¬†

    Bawa segera bayi berjumpa Doktor sekiranya terdapat tanda-tanda yang membahayakan ini kerana ada  kemungkinan bayi juga boleh mengalami  alahan serius yang dipanggil  anaphylaxis shock yang boleh membahayakan nyawanya. Dikatakan juga bayi yang mengalami alahan protein susu lembu juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing. Oleh yang demikian biasanya Doktor akan memberikan susu khas kepada bayi (chydrolysate based formula/ asid amino based formula).

    Dapatkan maklumat lanjut berkaitan alahan laksosa  dan alahan susu lembu ini.

    (Visited 527 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Panduan Penyusuan

    Tags:

    10 thoughts on “Masalah Alahan Laktosa dan Susu Lembu Yang Boleh Membahayakan Kanak-Kanak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge