• Mengapa Ibu Mengandung Mudah Dijangkiti Selsema dan Batuk? Panduan Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil

    Salam semua ~

    Sihat dan cergas ketika hamil sememangnya menjadi impian setiap wanita terutama ibu-ibu yang berkerjaya. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, sebaliknya mereka kini berdua bersama bayi di dalam kandungan. Walaubagaimanapun memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu hamil mudah sahaja jatuh sakit atau kurang sihat ketika hamil. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar diri sendiri dan bayi yang dikandung sihat sepanjang kehamilan.

    Sihat Ketika Hamil Kunci Kepada Kehamilan Yang Menggembirakan

    Masih teringat lagi Mek ila dengan kata-kata Pakar O&G Hospital Kajang semasa melahirkan bayi Akmal ‘Apabila hamil, tubuh ibu sangat lemah dan fragile, jika sekarang ibu mempunyai 1 masalah semasa mengandung, masalah yang sama boleh berulang dan mungkin bertambah di kehamilan yang akan datang berdasarkan faktor usia.

    Wah, memang menakutkan juga bila dengar kan? Namun itulah kebenarannya. Oleh yang demikian,wanita hamil atau wanita yang ingin hamil semula memang perlu memastikan badan mereka sihat dan cergas agar tidak timbul sebarang masalah atau komplikasi kepada bayi di dalam kandungan.

    Mengapa wanita hamil mudah diserang penyakit?
    Wanita yang hamil mempunyai daya tahan (imun) yang rendah disebabkan oleh perubahan fisiologi. Ini menyebabkan mereka mudah diserang penyakit seperti selsema dan batuk mahupun jangkitan bakteria atau virus yang lain. Lebih teruk lagi kerana ibu hamil tidak dibenarkan mengambil sebarangan ubat seperti di waktu tidak hamil kerana ianya boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.

    Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Healthline.com,  imun sistem ibu hamil menjadi rendah bagi memastikan tubuh wanita menerima kehadiran bayi yang sedang dikandungnya.

    (Sumber asal: http://www.healthline.com/health/pregnancy/infections#EffectsonImmunity3)

    Semasa berada di dalam kandungan, bayi telah pun memiliki sebahagian daripada DNA ayahnya. Ini membuatkan tubuh ibu menganggap bayi yang dikandungnya sebagai ‘benda asing’. Oleh yang demikian, sistem pertahanan badan ibu akan berubah agar tidak membahayakan bayi dalam kandungan dan menerima bayi ini sebagai sebahagian daripada dirinya. Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini termasuklah :

    • Peningkatan penghasilan macrophages, sel yang berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria. Walaubagaimanapun ia tidak dapat memberi jaminan untuk melindungi tubuh ibu sepenuhnya.
    • Pengurangan aktiviti sel Natural Killer (NK). Sel NK ialah penghapus semula jadi sel darah putih bagi sel-sel yang telah dijangkiti virus atau tumor.
    • Pengurangan aktiviti sel T. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan yang disebabkan oleh virus.
    • Pengurangan penghasilan cytokines, sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imun untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan.

     

    Pengurangan aktiviti Sel NK, Setl T dan Cytokines ini akan menyebabkan ibu hamil mudah terdedah kepada jangkitan terutamanya jangkitan yang disebabkan oleh Virus. Selain itu daya tahan wanita hamil juga akan lebih rendah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran lain seperti;-

    • perubahan cuaca yang tidak stabil, terlalu panas dan terlalu sejuk seperti yang sering berlaku di negara kita
    • terdedah kepada ramai orang yang tidak sihat ketika di tempat kerja atau di tempat awam.
    • mengamalkan pemakanan dan gaya hidup kurang sihat .
    • kekurangan nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu-ibu Hamil.

    vc7

    Tips Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil

    • Dapatkan rehat yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari
    • Elakkan melakukan pekerjaan berat seperti mengangkat perabot dan sebagainya
    • Bersenam ringan
    • Sentiasa bersikap positif dan hindari tekanan.
    • Bagi yang beragama Islam, lakukan amalan kerohanian seperti berzikir, mengaji dan melakukan solat sunat.
    • Ambil makanan lengkap yang disarankan untuk ibu hamil. Pengambilan vitamin tambahan juga sangat dititikberatkan oleh Doktor bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrisi yang secukupnya untuk pembesaran. 
    Pengambilan Nutrisi Yang Amat Penting Untuk Ibu Hamil
    • Dapatkan bantuan dan sokongan daripada keluarga terdekat agar anda kekal selesa, aktif dan cergas di sepanjang kehamilan.

    Mudah-mudahan kehamilan pembaca semua sihat dan menggembirakan. Baca lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee di sini. Baca juga tentang Tips Atasi Morning Sickness.

    Salam sayang & Jumpa Lagi!

    (Visited 344 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    19 thoughts on “Mengapa Ibu Mengandung Mudah Dijangkiti Selsema dan Batuk? Panduan Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge