• Meraikan Anak Autisme di Ayers Rock Butcher & Grill

    Salam semua 🙂

    Restoran steak Ayers Rock Butcher & Grill ini memang tidak asing lagi kepada semua pencinta daging @ meat lovers semua. Hihi, terasa kelakar pula menggunakan perkataan pencinta daging ini.

    Ayers Rock Butcher & Grill Cawangan Bukit Jelutong

    Terkini,  Ayers Rock Butcher & Grill melalui Pengarah Urusannya En Ahmad Zakir telah sudi meraikan anak-anak Autisme Malaysia di tiga cawangan Ayers Rock Butcher & Grill seperti berikut:-

    • Lot 04-G, D’Bayu Jalan Serambi U8/24 Bukit Jelutong, Shah Alam; Tel No: 0378455150
    • 12A, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya; Tel No: 0361426233; dan
    • Avenue K (L3-15), Jalan Ampang, Kuala Lumpur; Tel:  0321813315

    Anak-anak syurga kita ini akan mendapat potongan harga sebanyak 35% manakala potongan 15% pula diberikan untuk keseluruhan bil ahli keluarga yang lain. Hanya cetakkan kupon di bawah ini dan tunjukkan semasa pesanan dan pembayaran dibuat.

    Kupon Digital Khusus Untuk Anak-Anak Autisme Malaysia.

    Bagi pembaca yang tidak pernah ke sini, Ayers Rock Butcher & Grill merupakan Restoran Steak terkenal yang menyediakan pelbagai hidangan steak seperti ribeye, striploin, angus, lamb shoulder, lamb chop, ribs dan wagyu beef selain hidangan ayam, makanan laut dan makanan western yang lain. Jom kita tengok antara menu-menu istimewa di Restoran Steak ini.

    Wah! memang menyelerakan bukan? Makanan di di sini juga adalah 100% halal. InsyaAllah saya juga akan ke sini bersama keluarga tidak lama lagi. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan info terkini berkenaan promosi dan menu terbaru, bolehlah Like FB Ayers Rock Butcher & Grill 

    Baca dan kenali tentang anak-anak Autisme di sini

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 187 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags:

    7 thoughts on “Meraikan Anak Autisme di Ayers Rock Butcher & Grill

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge