• Perlu RM200,000 Untuk Bedah Anak Rosak Hati – Mari Kita Sama-sama Membantu!

    Pasir Gudang: Seorang suri rumah merayu sumbangan bagi membolehkan anaknya Putera Fathullah Fahmi yang menghidap penyakit hati kronik menjalani pembedahan segera.

    Siti Nurhidayah Shaari, 20, yang tinggal bersama keluarganya di Taman Air Biru, Pasir Gudang berkata, anak tunggalnya yang berusia setahun enam bulan itu memerlukan RM200,000 untuk menjalani pembedahan, namun wang terkumpul hanya RM28,000.

    Menurut Nur Hidayah, dia kini runsing kerana keadaan anaknya semakin kritikal dan berharap supaya usahanya untuk mengumpul dana dalam masa terdekat berhasil.

    “Anak saya disahkan menghidap penyakit hati kronik selepas tiga hari dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan ketika berumur lima bulan.

    Nurhidayah memangku Putera Fathullah yang menghidap penyakit hati kronik. – See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15079#sthash.fWCJ9IOd.bb8zAykX.dpuf

    “Namun, doktor mengesyorkan supaya dia menjalani pembedahan untuk pemindahan hati kerana hatinya sudah rosak.

    “Kalau boleh, saya mahu ia dilakukan segera namun faktor kewangan membantutkan hasrat itu,” katanya.

    Menceritakan keadaan Putera Fathullah, Nur Hidayah berkata, penyakit yang dialami turut membuatkan berat badan anaknya itu tidak seperti kanak-kanak normal.

    Katanya, dia risau dengan keadaan itu kerana anaknya memerlukan berat badannya melebihi 10 kilogram untuk menjalani pembedahan.

    Orang ramai yang berhasrat menyumbang bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 151240294649 dan CIMB 7613256663 atas nama Siti Nurhidayah Shaari.

    Sumber Asal: Harian Metro 10 Disember 2014

    p/s: Sebagai seorang ibu, tersentuhnya hati saya apabila membaca kisah ini. Marilah kita membantu setakat yang terdaya. Moga sumbangan tuan/puan dapat membantu adik ini.
     

    (Visited 13 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    6 thoughts on “Perlu RM200,000 Untuk Bedah Anak Rosak Hati – Mari Kita Sama-sama Membantu!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge