• Rahsia Doa dan Motivasi – Tips Atasi Masalah Anak Extra Aktif

    Salam pembaca semua 🙂

    Sebenarnya dah lama Mek ila nak kongsikan entry yang sangat bermakna ini. Kebetulan pula dalam sebulan dua ini Mek ila sempat menghadiri dua ceramah motivasi yang dianjurkan oleh Hushim Motivational  dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Alhamdulillah, kedua-dua ceramah ini sangat bermakna dan memberi inspirasi kepada Mek ila terutamanya untuk lebih bersabar dan sentiasa bersyukur dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar.

    Siapa di sini yang anaknya extra aktif? Perkataan extra aktif ini sebenarnya  merujuk kepada anak-anak yang nakal dan degil. Namun oleh kerana kata-kata itu satu doa, Mek ila memang sangat jarang menyebut perkataan nakal ini lebih-lebih lagi lagi perkataan degil.  Entry kali ini Mek ila akan kongsikan satu tips sahaja dahulu iaitu doa atau perkataan yang baik-baik untuk anak dan cara menegur kesalahan anak dengan berkesan. 

    Fikirlah perkara yang baik-baik untuk anak-anak kita : Kredit Photo:KitaCumaHamba

    Kata-kata Ibu/Ayah adalah suatu doa

    Mengapa anak kita extra aktif?
    Tanpa kita sedari, sebenarnya perlakuan ibu bapa adalah guru terbaik kepada anak-anak. Ini kerana anak yang baru lahir adalah diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Anak-anak sangat mudah mengikuti, meniru  dan belajar apa sahaja yang dilihatnya dan contoh terdekat adalah ibu bapa mereka sendiri.  Jadi, sekiranya anak bertindak aktif atau mengeluarkan perkataan yang negatif, ada kemungkinan kita sebagai ibu bapa yang terlebih dahulu melakukannya.

    Tukarkan perkataan negatif kepada positif
    Apabila marah, kita seringkali tidak dapat mengawal perasaan dan mungkin mengeluarkan perkataan yang negatif, sebagai contoh:-

    ‘Kenapa Abu ni nakal sangat, ibu pukul nanti’.

    Didiklah anak-anak mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah

    Tahukah mama dan papa semua, perkataan ini sahaja sudah mampu membuatkan anak-anak kita bertindak lebih agresif? Tidak percaya? Cuba bayangkan kalau perkataan ini disebut kepada kita oleh orang lain seperti majikan atau boss di tempat kerja.

    ‘Kenapa kamu ni teruk sangat, nak saya potong gaji ke?

    Apakah yang mama dan papa rasakan? Tentu akan timbul perasaan yang meluap-luap, geram dan marah kan?

    Bayangkan pula kalau majikan atau boss kita berkata “

    “Saya tahu kamu pekerja yang sangat bagus, saya percaya kamu boleh menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik”.

    Tentu kita akan rasa malu, terharu dan bermotivasi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan?

    Ok, jadi bila anak melakukan tindakan yang aktif atau di luar dugaan, apa kata kita sebut perkataan dan doa-doa yang baik untuknya.

    Abu, abu anak yang baik kan?  Budak baik tak buat macam ni kan?

    dan jika perlu, terangkan kepada anak, apakah kesalahan yang beliau lakukan dan mengapa kita menegur perlakuannya itu.

    “Ibu sayang sangat pada Abu, sebab itu ibu tegur kalau Abu buat perkara yang salah. Abu faham kan?

    Pelukan Ibu mampu menenangkan dan mendamaikan keresahan hati anak-anak

    Peluk dan belailah anak ketika memberi teguran, agar anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang ikhlas dan sejati daripada ibu bapanya. Bagi anda yang mungkin tidak pernah melakukan ini, pasti akan terasa kejanggalannya bila melakukannya, namun setiap perubahan perlu dimulakan dengan langkah yang pertama. 

    Cara Terbaik Menegur dan Menasihati Anak

    Berikut adalah cara terbaik yang dikongsikan oleh Haji Hushim untuk bercakap atau menegur anak.

    1. Pegang bahu anak
    2. Tatap mata anak dengan penuh kasih sayang
    3.  Nasihati anak dengan perkataan yang lemah lembut dan mudah difahami.
    4. Setelah selesai, peluklah anak
    5. Usap belakang anak beberapa kali. Ianya mampu menyalurkan aura dan kasih sayang terus ke dalam hati.

    Teknik berbicara berkesan dengan anak. Kredit Gambar Puan Su

    Lakukan secara berterusan setiap hari dan lihatlah bagaimana anak-anak kita mula membina jati diri yang lebih positif, InsyaAllah.

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 354 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    11 thoughts on “Rahsia Doa dan Motivasi – Tips Atasi Masalah Anak Extra Aktif

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge