• Resepi Roti Burger Bersalut Telur

    Salam semua.

    Hari ini kan cuti, jadi teringinlah nak buat breakfast yang lain sedikit. Kat dapur ada roti gardenia, dalam peti ais pula ada burger ayam, jadi bolehlah buat roti burger kan? Seperti biasa, resepi yang saya gunakan sangat simple. Idea cara nak masak ni pun datang tiba-tiba juga, hihi.  🙂

    Biasanya burger akan disalut dengan telur dan dimasak, baru dilapiskan dengan roti yang telah dibakar, tapi kali ni saya nak cuba salutkan kesemua bahan-bahan yang dah siap dengan roti dan barulah dibakar sekali lagi.

    Bahan-Bahan
    1. 6 keping roti putih
    2. 3 keping roti burger
    3. 2 biji telur – dipukul dadar dan diletak dalam mangkuk yang muat untuk dicelup dengan roti
    4. Sedikit timun dan tomato – dipotong nipis
    3. Sedikit sos cili, sos tomato dan mayonis

    Cara-Cara
    1. Masak burger seperti biasa di atas kuali leper
    2. Nipiskan roti dengan cara gelekkan gelas ke atas roti
    3. Susun timun dan tomato di atas roti, letakkan sos mengikut citarasa
    4. Letakkan burger yang telah dimasak di atas roti, lapiskan dengan sekeping roti lagi
    5. Celupkan roti burger di dalam telur
    6. Bakar roti burger di atas kuali, terbalikkan untuk dua-dua sisi.
    7. Setelah siap, bolehlah dipotong dua dan dimakan 🙂

    Roti Burger Bersalut Telur

    Bolehlah pembaca cuba nanti ye!

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 866 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags:

    4 thoughts on “Resepi Roti Burger Bersalut Telur

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge