• Restoran Mee Tarik Bangi Yang Special

    Salam semua 🙂

    Tengahari semalam saya sekeluarga sempat berkunjung ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Bandar Baru Bangi. Maklumlah pertama kali datang ke sini, jadi agak ‘excited untuk mencuba menu mee tarik yang sering diceritakan oleh rakan-rakan.

    Gambar restoran dari tempat parking

    Restoran ni warnanya memang serba hijau termasuk kerusi dan pakaian pekerjanya, hihi. Kalau nak tau hijau memang warna favourite saya.

    Persekitaran Restoran Mee Tarik dan Menu

    Walaupun ini kedai mee, ada juga menu nasi seperti nasi goreng dan sebagainya. Kebanyakan menu di sini harganya RM10 ke bawah dan bolehlah dikatakan berpatutan harganya.

    Mee Sagat dan Mee Tarik In Making

    Part yang paling menarik di sini adalah pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana mee tarik ini disediakan. Arif pun 2-3 kali tengok abang ni menarik mee sepanjang di restoran ini. Selain mee tarik, ada juga mee yang disagat terus dari adunan tepung yang telah diadun. Tapi lupa pula nak tanya nama mee  yang disagat tu.

    Berselera sungguh Arif menikmati mee supnya, siap belajar guna chop stick.

    Oleh kerana bayi Akmal sedang tidur, jadi saya cuma sempat snap gambar mee Arif sahaja hihi. Mee papa Arif, mee Wan Arif dan nasik goreng saya sendiri tak dapat nak snap.

    Bagi yang ingin menikmati keenakan mee di sini, silalah datang ke:-

    Mee Tarik Cawangan Bangi
    No.3-47-01,Common Area,
    Jalan Medan
    Pusat Bandar Bangi Sentral
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor

    p/s: Kalau ditanya pandangan saya tentang restoran ni, mee nye memang sedap. Namun pekerjanya kurang friendly sebab kebanyakannya warga asing. Order pun kita kena isi sendiri dan bagi pada pelayan. Bila hantar makanan, hanya hantar sahaja dan langsung tak cakap apa-apa atau senyum. Entahlah, mungkin dah terbiasa dengan sikap rakyat Malaysia yang suka senyum dan berbudi bahasa 🙂

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 319 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan

    Tags:

    3 thoughts on “Restoran Mee Tarik Bangi Yang Special

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge