• 10 Jenis Makanan dan Tips Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan dan Elakkan Kita Gemuk

    Bila sebut bab makan ni, semua suka kan? Tapi memang sedih kalau metabolisma kita rendah. Maksudnya walaupun makan sikit, berat badan mudah sangat naik. Berbanding dengan orang yang metabolismanya tinggi, makan banyak mana pun, badannya maintain sahaja.
    Kedua-dua situasi ini pernah berlaku kepada saya. Suatu masa dulu berat badan saya pernah bertambah secara mendadak. Ketika itu saya baru sahaja bersalinkan anak yang pertama, badan memang sedikit berisi dan semua pakaian saya menjadi ketat dan tidak boleh dipakai. Memang seksa, malah saya terpaksa hadkan pengambilan makanan daripada sepinggan nasi kepada suku pinggan untuk mengelakkan berat badan daripada terus bertambah.
    Mengandung sering menyebabkan perubahan berat badan pada wanita.

    Berbanding dengan kelahiran anak yang kedua, berat badan saya terus turun dan lebih kurus berbanding sebelum kahwin. Sekali lagi saya terpaksa menukar kesemua pakaian saya. Ini bermakna metabolism badan kita bukanlah sentiasa statik. Ianya boleh ditingkatkan bagi memberikan keselesaan dan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

    Definisi Metabolisma
    Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh kita sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja ketika bersenam, malah pada setiap masa termasuklah ketika berehat atau ketika tidur. Salah satu punca sukar untuk mengurangkan berat badan adalah kita kerana mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Metabolisme rendah menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan, namun ia boleh berubah dan ditingkatkan. Berikut adalah beberapa jenis makanan atau aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisme tubuh :-

    Air Putih
    Kadar metabolisme setiap individu sememangnya tidak sama. Ia bergantung kepada jumlah otot dan lemak di dalam tubuh. Kandungan air yang mencukupi dalam badan akan membantu proses metabolisme berjalan dengan baik. Amalan minum 8 gelas air putih setiap hari akan membantu tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.



    Bekalan Kalsium & Vitamin D Yang Mencukupi

    Kekurangan kalsium di dalam badan akan menyebabkan badan berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Vitamin D pula sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot dan meningkatkan metabolisma. Kalsium dan Vitamin D bukan sahaja boleh didapati daripada susu rendah lemak malah ia boleh diperolehi daripada makanan lain seperti keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oat. Vitamin Shaklee Ostematrix adalah contoh supplemen semulajadi yang amat bagus untuk membekalkan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mencukupi untuk keperluan harian anda.


    Snek Berkhasiat

    Apabila perut terasa lapar dan mula berbunyi, bermakna ianya perlu diisi segera. Makan snek berkhasiat dengan kerap sedikit demi sedikit akan dapat membantu masalah ini. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin kita akan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Seeloknya pilih snek yang mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut fiber dan dadih.

    Makanan pedas
    Tisu otot akan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Jika badan kita mempunyai banyak tisu otot, kita akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai banyak lemak. Makanan pedas yang mengandungi cili dan capsicum bukan sahaja menyelerakan tetapi dikatakan mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya.


    Teh hijau

    Tidak semua teh adalah sama. Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan dan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kita minum setiap hari dengan teh hijau. Kajian sains mendapati apabila kita minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

    Cinch Tea adalah teh campuran terbaik untuk meningkatkan metabolisma tubuh

    Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

    Limau Bali
    Makan limau bali sebagai pencuci mulut setiap kali waktu makan boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Limau bali mempunyai kandungan fiber yang tinggi, rendah kalori dan mengandungi enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Malah, ia boleh merendahkan insulin dan kolesterol di dalam tubuh kita.

    Ambil Sarapan Pagi
    Sarapan pagi adalah penting dan merupakan permulaan yang sihat untuk penjanaan metabolisma dan tenaga yang tinggi sepanjang hari. Mereka yang meninggalkan sarapan pagi dikatakan lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus dari jumlah keseluruhan kalori ketika sarapan pagi hanya menambah 1.7 paun purata berat badan berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi pula menambah hampir 3 paun setahun.


    Makanan Kaya Serat dan Zat Besi

    Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat hanya mendapat sedikit penambahan berat badan. Zat besi pula sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak. Daging tanpa lemak, kacang-kacangan, bijirin dan bayam merupakan sumber zat besi yang sangat baik.

    Tidur Yang Cukup
    Tidur sekurang-kurang 6-8 jam sehari untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. 

    Tidur yang cukup dan berkualiti penting pada kehidupan

    Jangan Stress atau Marah
    Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Jadi sentiasalah ceria dan lebih terbuka di dalam menghadapi apa jua masalah yang berlaku. Baca tentang pengurusan stress di sini.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi!

    (Visited 317 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    5 thoughts on “10 Jenis Makanan dan Tips Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan dan Elakkan Kita Gemuk

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge