• 10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Kehamilan

    Semalam Mek ila menerima satu berita gembira daripada seorang kawan. Memang happy kerana beliau disahkan mengandung lagi setelah mengalami keguguran beberapa bulan yang lepas. Cerita punya cerita- timbullah persoalan apakah jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan semasa kehamilan terutamanya di trimester pertama.

    Di sini Mek ila  kongsikan 10 jenis makanan yang perlu dielakkan untuk ingatan kita bersama ~ 
    Makanan mentah atau Separuh Masak

    Ibu hamil dilarang makan makanan mentah atau separuh masak seperti daging mentah, susu yang tidak dipasteur atau telur separuh masak. Makanan mentah atau separuh masak mengandungi pelbagai jenis bakteria seperti toxoplasma yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada bayi. Ini termasuklah Salad Dressing seperti mayonis atau sos lain yang mengandungi telur mentah. Bakteria ini juga boleh didapati di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih.

    Makanan Separuh Masak Adalah Bahaya Kepada Ibu Hamil dan Kandungan
    Susu Segar Yang Tidak Dipasteur

    Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.

    Alkohol dan Minuman Bergas

    Pengambilan alkohol oleh ibu hamil boleh mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Ia juga boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas pula mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 – 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang dan mendapat GDM (Gestational Diabetes Mellitus) serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung.

     

    Bahaya alkohol kepada kandungan
    Minuman dan makanan yang berkafein

    Elakkan minum atau makan makanan yang mengandungi kafein walaupun sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya ibu perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12oz cawan kopi). Tetap harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

    Ubat-ubatan

    Tiada ubat yang benar-benar selamat untuk ibu hamil. Walau bagaimanapun, sekiranya anda jatuh sakit, berkemungkinan doktor akan memberikan ubat yang paling minima dengan dos yang bersesuaian. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mendapatkan nasihat Doktor sebelum mengambil sebarang jenis ubatan terutamanya di trimester pertama. Baca di sini mengapa ibu-ibu hamil mudah mengalami jangkitan seperti batuk atau selsema. Pengambilan vitamin semulajadi seperti Vitamin Shaklee adalah lebih selamat untuk membantu meningkatkan kesihatan ibu ketika hamil.

    Rokok

    Merokok semasa mengandung adalah sangat merbahaya dan selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau sudden death yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

    Gula

    Pengambilan gula berlebihan ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi seperti GDM iaitu kencing manis semasa hamil. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayi lebih besar daripada kebiasaan. Ibu yang mengalami GDM juga akan dipantau oleh Klinik Kesihatan di mana bacaan darah akan diambil sebanyak 4 kali sehari setiap 2 minggu sekali. Ini juga akan memeningkan kepala kerana ibu perlu mengambil ujian darah yang kerap dan perlu berulang alik ke klinik.

    Makanan Mengandungi Vitamin A atau Pengambilan Vitamin A

    Elakkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti hati dan elakkan pengambilan Vitamin A yang tinggi. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Sekiranya perlu, ambil previtamin A dalam bentuk seperti beta-karotena di mana ia akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan apabila diperlukan sahaja.

    Sumber Vitamin A dan Beta Karotena
    Raksa (Mercury)

    Raksa atau merkuri boleh didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan seperti ikan laut dalam seperti tuna, mackerel, kerapu dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan merkuri yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

    Nenas
    Mengikut tradisi, nenas adalah makanan yang dilarang kepada ibu hamil terutamanya di awal kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim dan  boleh menyebabkan keguguran. Mengikut kajian lain pula buah nenas yang dimaksudkan adalah buah nenas muda dan masam. Walaupun tiada bukti saintifik berkaitan perkara ini, eloklah kita elakkan kerana telah banyak kes keguguran yang berlaku disebabkan oleh buah nenas ini. Selain itu air kelapa muda juga dikatakan bersifat tajam dan hanya boleh diambil selepas kandungan berusia 7 bulan ke atas.
    Buah nenas dikatakan bersifat tajam dan boleh menyebabkan keguguran
     
     Salam Sayang & Moga kehamilan sahabat Mek ila  dan pembaca semua selamat hingga ke penghujungnya. Amin!
    (Visited 1,525 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags:

    12 thoughts on “10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Kehamilan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge