• 3 Faktor Utama dan Tips Memilih Breast Pump

    Bagi ibu berkerjaya yang berhasrat menyusukan anak secara ekslusif pastinya akan membeli breast pump sebagai persediaan untuk mengepam susu di pejabat nanti. Maklumlah, bukan semua ibu pandai perah dengan tangan (marmet) kan? Pemilihan pump susu yang tepat penting agar kita tidak perlu membazirkan wang lagi apabila perlu membeli pump lain bila merasakan pump susu sedia ada tidak sesuai dan sebagainya. Di  bawah ini saya kongsikan beberapa tips untuk memilih breast pump yang bersesuaian.

    Jenis Pekerjaan
    Ini adalah faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan. Apakah jenis pekerjaan ibu dan bagaimana suasana di tempat kerja?

    • Adakah kerja kita sangat sibuk dan waktu mengepam terhad? : Jika ya, ibu wajib beli pump yang jenis double pumping bagi memastikan waktu memerah susu dapat dijimatkan.
    • Adalah kerja kita jenis yang selalu keluar pejabat dan out station?: Jika ya, ibu perlu beli pump yang ringan dan mudah alih kerana ibu akan mengusungnya dan dibawa ke mana-mana sahaja.
    • Adakah tempat mengepam kita di pejabat tiada punca plug: Jika ya,  ibu perlu beli pump yang menggunakan kuasa bateri atau jenis pump yang boleh beroperasi menggunakan bateri dan elektrik.

    Faktor Harga
    Berapakah budget yang diperuntukkan untuk membeli breast pump? Harga breast pump di pasaran adalah sekitar RM100 hingga RM2000 mengikut jenama dan fungsinya. Belilah pam yang sesuai mengikut kemampuan dan kerjaya kita. Jika ibu inginkan pam yang ringan, double pumping dan mudah alih, harganya pasti sedikit mahal berbanding pam yang susu yang biasa. Yang penting pastikan  pump tersebut selesa, tidak menyakitkan dan mempunyai sedutan boleh laras yang agak sama seperti sedutan bayi. Paling bagus, belilah pump semasa promosi kerana harganya lebih murah dan biasanya datang dengan pakej seperti botol storage dan lain-ain.

    Jenis Breast Pump
    Faktor ini berkait rapat dengan faktor pertama dan kedua. Secara teori, terdapat 4 jenis breast pump di pasaran iaitu pum manual, bateri, elektrik dan kombinasi bateri-elektrik.

    Pump Manual

    Pump manual sedikit memenatkan tetapi harganya lebih murah berbanding jenis yang lain. Pump manual boleh digunakan tanpa perlu bergantung kepada bateri  atau sumber elektrik. Walaubagaimanapun kebanyakan pump manual adalah single pumping dan masa yang diambil untuk mengepam pastinya lebih lama berbanding double pump.

    Pump Jenis Bateri

    Breast pump jenis ini menggunakan bateri yang boleh dicai semula dan kurang memenatkan berbanding pump manual. Namun kita perlu pastikan jangka hayat untuk bateri adalah cukup untuk penggunaan harian.

    Pump Jenis Elektrik

    Memerah susu menggunakan pum jenis elektrik lebih mudah dan tidak memenatkan. Cuma pastikan sumber elektrik ada dan tersedia.

    Pump Jenis Elektrik + Bateri

    Pump jenis ini boleh berfungsi menggunakan elektrik atau bateri. Harganya antara yang termahal berbanding pump jenis lain. Dalam erti kata lain, ianya antara pump yang menjadi idaman ibu-ibu semua.

    Spesifikasi Breast Pump

    Selain 3 Faktor utama di atas, berikut adalah beberapa spesifikasi lain yang boleh dipertimbangkan ketika memilih breast pump.

    • Single atau double pumping
      • Single bermaksud pump tersebut hanya boleh pam susu dari satu breast dalam satu masa
      • Double bermaksud pump tersebut boleh pam susu dari kedu-dua breast dalam satu masa
    • Jenama breast pump
      • Antara jenam yang sering menjadi pilihan dan terkenal adalah medela, spectra, avent, ameda dan lain-lain lagi.
    • Berat pump
      • Bagi ibu-ibu yang selalu travel, pilihlah pump yang ringan, kecil dan mudah dibawa.
    • Bilangan part
      • bagi memudahkan  proses mencuci, pilihlah pump yang tidak menggunakan part yang terlalu banyak dan komplikated
      • pastikan semua part adalah free BPA
    • Jaminan Selepas Belian
      • Pastikan ibu mempeli pump yang ada jaminan sekurang-kurangnya setahun
      • Lebih bagus jika kedai yang menjual menyediakan pump gantian ketika proses servis/ pembaikan pump dibuat
      • Beli dengan pembeli/kedai yang dipercayai
    •  Sesuai dengan botol simpanan susu biasa
      • Kebanyakan pump boleh menggunakan botol storage yang normal yang terdapat di pasaran. Namun terdapat juga pump yang hanya boleh menggunakan botol perahan jenama mereka sahaja.

    Pada masa kini terdapat banyak kedai yang menyediakan sample pump susu untuk dicuba. Jadi berkunjunglah ke kedai dan cubalah dahulu sebelum memilih pump kegemaran anda.

    Moga-moga tips ini dapat dijadikan panduan bagi ibu-ibu yang ingin membeli pump susu. Jom baca tentang keistimewaan Susu Ibu di sini.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 436 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan, Umum

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge