• 4 Tips Pemakanan Anak Bijak & Pintar

    Salam semua 🙂
    Hari ni Mek ila nak kongsikan 4 tips pemakanan bagi anak yang bijak dan pintar. InsyaAllah mudah-mudahan dengan pemakanan yang baik ini, mampu menjadikan anak-anak kita bukan sahaja pintar malah menjadi anak yang soleh dan solehah.
    Arif @ School
    Segalanya Bermula Daripada Dalam Kandungan ~
    Mempunyai anak yang bijak dan pintar merupakan impian setiap ibu bapa termasuk Mek ila. Tahukah rakan-rakan semua bahawa tips pemakanan bagi mendapatkan anak pintar ini perlu diamalkan oleh ibu mulai bayi di dalam kandungan lagi?
    Pemakanan Semasa Hamil
    Ibu Hamil perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat kerana setiap nutrisi daripada makanan tersebut akan disalurkan kepada bayi (janin). Nurisi yang cukup juga adalah sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Makanan harian ibu hamil perlu mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan kaya dengan protein. Begitu juga dengan pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

    Otak Bayi Mula Terbentuk Sejak Di Dalam Kandungan Lagi
    Hasil penyelidikan membuktikan bahawa otak bayi di dalam kandungan telah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh bayi . Dikatakan juga perlakuan dan emosi ibu di sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telah pun memiliki lebih kurang 1 x 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus berembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun.
     
    Selepas Bayi Dilahirkan.
    Susukanlah bayi dengan susu Ibu. Sesungguhnya susu ibu amat berkhasiat dan menjadikan IQ anak lebih bijak. Baca lebih lanjut tentang keistimewaan Susu Ibu Di Sini.
    Antara Kelebihan Susu Ibu
    Sama seperti ketika hamil, ibu menyusu juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat agar segala khasiat tersebut dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Pengambilan makanan tambahan juga digalakkan seandainya ibu-ibu tidak dapat memenuhi keperluan diet yang disarankan. Boleh  baca lebih lanjut tentang Set Berpantang atau Supplemen Penyusuan yang boleh diambil oleh ibu-ibu Menyusu.
    Contohi Amalan Pemakanan Rasulullah

    Di dalam diet harian ibu hamil dan anak-anak juga, jangan lupa disekalikan dengan makanan sunnah. Sebaik-baik makanan sunnah adalah di dalam bentuk yang asli seperti buah kurma, madu asli, buah delima, dan kismis. 
    Contohi juga cara pemakanan Rasulullah seperti berikut:-
    • Suka minum susu
    • Tidak mengambil susu bersama ikan, ayam atau daging
    • Tidak mencampurkan makanan yang  berasal daripada darat seperti ayam dengan makanan yang  berasal daripada lautan seperti udang/sotong/ikan.
    • Makan buah-buahan sebelum makan nasi/karbohidrat. Buah-buahan adalah makanan yang kaya serat dan dapat mengelakkan kita mengambil karbo secara berlebihan.
    • Amalkan pemakanan tamar (buah kurma) dan madu.
    Supplemen Omega 3
    Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Maryland Medical Centre, Omega 3 merupakan pemakanan yang amat penting untuk perkembangan otak. Omega-3 merupakan asid lemak yang diperlukan untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik. Selain baik untuk perkembangan otak dan minda kanak-kanak, kajian membuktikan bahawa Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan dan risiko penyakit lain seperti penyakit jantung dan athritis. Omega-3 boleh didapati melalui makanan semulajadi atau pun melalui makanan tambahan.

    Kami ingin berkongsi dengan anda apakah makanan semulajadi yang kaya dengan Omega-3.

    WALNUT
    ⚘ kaya dengan alpha-linolenic acid (ALA) yang merupakan 1 daripada 3 asid lemak Omega-3

    TELUR BER-GRED TINGGI
    ⚘ telur yang mempunyai gred tinggi mempunyai warna telur kuning yang lebih pekat dari biasa
    ⚘ Omega-3 terdapat di dalam telur kuning, bukan pada telur putih

    IKAN
    ⚘ ikan air sejuk mempunyai kepekatan DHA dan EPA yang tinggi
    ⚘ contoh ikan adalah seperti salmon, tuna, sardin, dan banyak lagi
    ⚘ kajian menunjukkan bahawa DHA dan EPA mengurangkan triglycerides yang boleh menyebabkan arteri tersekat (risiko penyakit jantung)

    KEKACANG
    ⚘ kaya dengan ALA, dan boleh juga menyumbang kepada EPA dan DHA
    ⚘ contoh seperti kacang soya hijau, pinto, kidney beans

    SUSU YANG DIPERKAYA
    ⚘ merupakan makanan sampingan yang diperlukan kanak-kanak sekiranya mereka tidak gemarkan ikan
    ⚘ membantu mempertingkatkan daya ingatan kanak-kanak

    PILIHAN MINYAK YANG SIHAT
    ⚘ pilih minyak yang mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi
    ⚘ minyak canola, kacang soya, atau walnut adalah antara pilihan terbaik
    ⚘ gunakan dengan cara yang betul kerana minyak tetap mempunyai kalori

    SAYURAN HIJAU
    ⚘ sayur-sayuran hijau kaya dengan kandungan ALA

    RUMPAI LAUT
    ⚘ kandungan Omega-3 yang terdapat dalam ikan air sejuk juga terdapat di dalam rumpai laut dan algae

    ROTI, BIJIRIN
    ⚘ kebanyakan roti dan bijirin di pasaran sekarang juga terdapat Omega-3

    FLAXSEED
    ⚘ mempunyai kandungan Omega-3 ALA yang tinggi

    MAKANAN SOYA
    ⚘ tofu, miso, tempeh, susu soya, edamame adalah antara makanan berasaskan soya yang tinggi kandungan Omega-3

    SUPPLEMENT OMEGA-3
    ⚘ ramai yang tidak mendapat khasiat Omega-3 daripada makanan semulajadi
    ⚘ pengambilan supplement yang tinggi Omega-3 adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan nutrisi Omega-3 dalam badan

    – See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2014/03/makanan-kaya-omega-3.html#sthash.JDd2EfI2.dpuf

    Asid Lemak Omega 3
    Makanan Kaya Omega 3
    Makanan Kaya Omega 3
    • Walnut-kaya dengan alpha-linolenic acid (ALA) yang merupakan 1 daripada 3 asid lemak Omega-3
    • Telur Ayam Gred Tinggi -telur yang mempunyai gred tinggi mempunyai warna telur kuning yang lebih pekat dari biasa.Omega-3 terdapat di dalam telur kuning dan bukan pada telur putih
    • Minyak Kaya Omega 3 seperti minyak canola.
    • Supplement Omega 3 – Pengambilan Supplemen Omega 3 merupakan inisiatif yang boleh diambil bagi memenuhi keperluan nutrisi Omega 3.

    Supplemen Omega 3 – Omega Guard Shaklee

    Mengapakah Minyak Ikan Omega Guard Shaklee amat istimewa berbanding minyak ikan yang lain?

    Omega Guard Shaklee
    • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Ia diperbuat daripada minyak ikan tulen dan bukannya dari minyak hati ikan
    • 1 kapsul OmegaGuard membekalkan 905mg asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA, HPA, ETA, STA, DPA.
    • Diproses melalui kaedah penyulingan proprietari molekul 3 peringkat bergred farmaseutikal bagi mengekalkan kualiti dan ketulenannya. Melalui kaedah penyulingan ini, bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, arsenic, plumbum dan lain-lain dapat disingkirkan
    • Diperbuat daripada ikan-ikan air laut dalam seperti mackerel, sardine dan herring yang mengandungi tahap merkuri yang sangat rendah di mana kehadiran merkuri ini telah berjaya disingkirkan melalui proses penyulingan 3 peringkat yang digunapakai.
    • Omega Guard Shaklee juga mengandungi DHA. Selalu juga kita dengar di iklan TV bahawa DHA amat baik untuk perkembangan otak anak-anak buka? DHA atau nama penuhnya  Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian asid lemak Omega-3. Menurut kajian yang dijalankan, keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram. Jadi kandungan 1 softgel Omega Guard (120mg) mencukupi untuk anak anda.
    OMega Guard Dengan DHA membantu perkembangan otak anak
    DHA membantu sel otak untuk berhubung
    Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil juga akan mempengaruhi perkembangan otak bayi ketika di dalam kandungan. Oleh yang demikian, pakar O&G biasanya akan mencadangkan ibu-ibu hamil untuk mengambil supplemen minyak ikan ketika usia kehamilan 5 bulan dan ke atas. Anak-anak juga memerlukan DHA bagi perkembangan otak dan minda mereka.
    Dapatkan sebotol Omega Guard anak anda hari ini.  
     
    Salam Sayang dan Jumpa Lagi
    (Visited 229 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Panduan Pemakanan Bayi

    Tags:

    2 thoughts on “4 Tips Pemakanan Anak Bijak & Pintar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge