-
6 Cara Kreatif Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Telah Mengandung!
Salam semua 🙂
Masih lagi di dalam topik kehamilan, hari ni saya nak kongsikan antara cara-cara kreatif untuk memberitahu pasangan bahawa kita telah pun mengandung. Sesekali buat surprise apa salahnya kan, moga-moga ianya menjadi kenangan manis buat anda berdua.
Hadiahkan Barangan Bayi
Apa kata hadiahkan sepasang kasut bayi yang comel kepada suami? Pasti suami akan tertanya-tanya tetapi pasti dapat meneka apa maksud hadiah itu. Lebih indah lagi, letakkan pregnancy test mommy di dalam kasut comel tersebut. Surprise!Makan Malam Yang Indah
Masakkan makanan kegemaran suami dan bolehlah kita memberitahu suami berita gembira tersebut. Kalau tak larat nak masak, bolehlah ajak suami makan di restoran kegemarannya.
Buat-Buat Loya
Ini juga satu cara yang comel untuk memberitahu suami bahawa anda telah mengandung. Bila suami nyatakan kehairanan mengapa anda loya, katakan padanya ‘pembawakan baby’ kot. Hihi 🙂Lamaran Menjadi Bapa
Sekiranya suami pernah melamar anda di sesuatu tempat, apa kata ajak suami semula ke tempat itu. Hadiahkan sebuah kotak dan di dalamnya mengandungi perkataan seperti “ Sudi Tak Jadi Ayah Yang Baik Untuk Baby Kita?”Letakkan Nota Comel Di Tempat Yang Boleh Dilihat Suami
Sebagai contoh: Letakkan nota di dalam wallet suami yang berbunyi “Sayang, Selamat menjadi Ayah”.
Pasti suami akan segera menelefon atau balik ke rumah dengan segera bila membacanya.
Hantarkan Ucapan atau Voice Note Kepada Suami.
Hantarkan ucapan di mana suami tidak boleh membalasnya secara serta merta. Banyak cara untuk menghantar voice note, melalui pesanan suara di telefon atau melalui media social seperti di whatsapp atau telegram.Tahniah Di atas Kehamilan dan Jadikan Kehamilan Anda Sesuatu Yang Indah!Salam Sayang & Jumpa Lagi!
(Visited 2,236 times, 1 visits today)10 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Kehamilan 10 Jenis Makanan dan Tips Untuk Meningkatkan Metabolisma Badan dan Elakkan Kita Gemuk
11 thoughts on “6 Cara Kreatif Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Telah Mengandung!”
Leave a Reply to Ila Fyra Cancel reply
6 Cara Kreatif Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Telah Mengandung!
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
Ingat lagi masa saya baru mengandung dulu…tahu mengandung jer nangis…hihihihi….lepas tu asik nak mkn sahaja…..malu plak kalau ingat….
Hihi, kenapa nila nangis? Terkejut ke? Apa pun itu semua kenangan kan 🙂
Haha,apa akan jadi kalau dah buat semua yang di atas tapi dia buat de’ jer hehehe… (tandanya dia saja je nk kasi kita ngamuk dulu- usikan power)…
Hahaha, memang tak dapat bayang kalau suami buat de’ jer. Maybe nak control macho sebab over excited tu 😛
Hehe comelnya.. 🙂 tak pernah wat lagi. Preggy hari tu wat test sama2. Tak sempat nak wat surprise.
Hahaha so sweet la Ila..^_^ Ingt dulu masa pregnant, mula2 wat test sendiri, pastu buat2 ajak hubby pi klinik, nak pi cek konon2 nya cek biasa, pdhl sendiri memang dh tahu jawapan doktor.. So, surprise kt hubby bile doc gtau I’m pregnant! ^_^
Itupun kira surprise jugak lah Fiza. Yang best kita dah tahu dulu kan 🙂
Alaaa manjanya…hamil dulu tak terfikir pun nk buat mcm tu…hihi
sekarang dh tiga.
kebaikkan vivix yang harus di ketahui umum
Kikiki, yang ke 4 nanti kita buat ye kak. Maybe kena bagi hadiah 3 kasut besar yang anak-anak sekarang punya saiz dan 1 kasut baby pulak sebab nak gambarkan yang akan ada sorang lagi baby bakal lahir, hihi…
Hihii..seumur hidup xpernah buat surprise apa2. Tambah2 nk gtau pregnant. Sbb mmg tau xkan jadi..excited terlampau.hehee..
JommSihatDanCantik -> SUAMI SENTAP GARA-GARA MASALAH KEPUTIHAN ISTERI
[…] yang menarik perhatian adalah tentang tips suami-isteri. Ada satu artikel yang sangat best iaitu “6 Cara Kreatif Untuk Memberitahu Suami Yang Anda Telah Mengandung”, cara ke-3 adalah yang paling simply creative. Confirm suami jadi […]