• 6 Tips Menghindar dan Merawat Sakit Belakang

    Aduh, sakitnya belakang ni. ‘Tolong urutkan boleh’. Begitulah permintaan Nina kepada suaminya pada setiap hari.

    Sakit Belakang

    Sakit di bahagian belakang terutama di bahagian tulang belakang dan pinggang bukanlah sesuatu yang ganjil malah boleh dikatakan ramai di antara kita yang mula mengalaminya di awal usia 30-an. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Ianya juga antara penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit bagi mereka yang bekerja.

    Menurut Pakar Bedah Tulang Belakang- Dr Siow Yew Siong,  Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

    Berikut adalah faktor penyumbang sakit belakang iaitu:-

    • Obesiti
    • Merokok
    • Tekanan
    • Postur badan yang salah ketika menjalankan aktiviti terutama ketika mengendalikan komputer
    • Posisi tidur yang salah
    • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
    • Melakukan aktiviti di luar kebiasaan seperti aktiviti lasak yang jarang dilakukan
    • Gaya hidup tidak aktif
    • Duduk terlalu lama
    • Faktor umur yang semakin meningkat

    Kenali Tulang Belakang Kita
    Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

    Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

    Struktur Tulang Belakang

    Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan dan  menambah keanjalan tulang belakang untuk proses lenturan. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

    Punca sakit Belakang
    Punca sakit belakang yang biasa ialah masalah cakera tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul iaitu apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit. Selain itu ianya juga disebabkan oleh otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

    Rawatan Sakit Belakang

    • Menggunakan pek ais atau pek panas untuk meredakan kesakitan.Tekapkan bahagian yang sakit dengan pek ais/pek panas selama 20 minit beberapa kali sehari. Ianya membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan serta membantu pesakit untuk bergerak.
    • Mandi dengan air suam  bagi membantu merehatkan otot. Seterusnya baring dan rehat seketika.
    • Melakukan senaman regangan, berenang atau menjalani terapi  bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.
    • Ubat steroid untuk merawat sakit belakang akut dan kronik.
    • Selain ubat, terapi intervensi termasuk suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf dan suntikan epidural antara teknik rawatan yang sering diberikan. Walau bagaimanapun pengambilan ubat atau suntikan steroid yang kerap boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh yang demikian pengambilan supplemen untuk meningkatkan kesihatan sendi dna tulang amat digalakkan.
    • Pembedahan

    Pencegahan Sakit Belakang
    Sakit belakang yang bukan disebabkan oleh kecederaan boleh dicegah dengan langkah-langkah seperti berikut:-

    • Pastikan posisi  postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang berat. Berhati-hati sekiranya otot berasa tegang supaya ianya tidak tercedera.
    Cara yang betul untuk mengangkat barang

    Selain mengangkat barang, pastikan juga postur badan kita adalah betul ketika melakukan aktiviti yang lain.

    Posisi Yang Betul Untuk Penjagaan Tulang Belakang Yang Sihat

     

    • Dapatkan berat badan yang ideal. Obesiti terutamanya di bahagian pinggang akan memberi kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
    • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
    • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan  dan tulang belakang.Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang yang menyumbang kepada masalah sakit belakang.

     

    •  Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.
    • Amalkan pemakanan yang sihat yang membantu untuk penjagaan tulang yang sihat. Pengambilan supplemen Set Sendi Shaklee juga sangat membantu bagi mengatasi masalah sakit belakang.
    Set Sendi Shaklee Untuk Penjagaan Tulang Belakang Yang Sihat

    Bagi yang mempunyai bajet pula, pengambilan Vivix dan Ostematrix bukan sahaja mampu mengembalikan kesihatan sendi dan tulang tetapi dapat mengembalikan keremajaan dan meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.

    Vivix melindungi saraf, meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi

    Jom kita tengok testimonial bagi Set Sendi ini 🙂

    Sakit pinggang dan belakang hilang dengan pengambilan Ostematrix

     

    Sakit Belakang Ketika Mengandung
    Masalah Slip Disc Tiada Lagi

     

     Jangan biarkan kesakitan menghantui dan mengganggu urusan harian kita. Dapatkan Set Sendi Anda Sekarang.
    poster page 1
    poster page 1

     

    (Visited 1,137 times, 2 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    One thought on “6 Tips Menghindar dan Merawat Sakit Belakang

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge