• Anak Suka Menconteng? Jom Baca Tips Ini ~

    Memang geleng kepala bila tengok dinding rumah yang bersih diconteng oleh si comel. Hihi, nak marah memang tak sampai hati kan?

    Akmal pun suka sangat menconteng. Habis rumah kami dicontengnya. Pantang dapat pen atau pensil, memang Akmal akan mula menconteng dinding. Bukan setakat dinding je, apa sahaja yang boleh dilakar akan dicontengnya seperti alamari dan cadar. Haha, sangat comel. Arif dulu langsung tidak menconteng. Benarlah kata orang, perwatakan setiap anak sangat berbeza 🙂

    Antara Hasil Contengan Akmal

    Sebenarnya menconteng adalah perkara yang normal bagi kanak-kanak di sekitar usia 2 tahun. Menconteng sebenarnya dapat membantu kanak-kanak menguatkan motor tangannya dan menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Ianya juga dapat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak. Buktinya anak-anak akan merasa bangga melihat hasil contengannya sementara ibu bapa akan menggelengkan kepala, hihi.

    Jadi hari ni mEK ILA kongsikan beberapa tips untuk memudahkan kita mengendalikan hasil contengan anak ini.

    Sediakan Ruangan Khusus Untuk Anak Menconteng
    Ruangan yang dimaksudkan boleh jadi sebuah bilik kecil atau satu ruangan di dalam bilik.

    • Jika tidak mahu anak menconteng dinding, bolehlah belikan anak White Board yang besar untuk anak membuat lakarannya.
    • Tampal kertas mahjong di dinding bilik. Hanya cabut dan tampal bila perlu.
    • Cat bilik tadi dengan cat air yang kalis kotoran. Harganya sedikit mahal tapi kebanyakan kotoran dapat dibersihkan dengan lebih mudah berbanding cat biasa.
    Seronoknya Bila Dapat Menconteng!


    Didik Anak Untuk Menconteng Hanya Di Tempat Yang Dibenarkan

    Selain dinding atau whiteboard, ajarlah anak menconteng di dalam buku atau drawing book. Apabila anak ingin menconteng pada dinding, katakan ‘Tidak’ dan tunjukkan kembali tempat-tempat menconteng yang dibenarkan.


    Tukarkan Bakat Menconteng Anak Kepada Sesuatu Yang Lebih Bermakna

    Anak yang menconteng juga sebenarnya berbakat dalam mewarna. Jadi jom beli buku mewarna yang mudah dan ajarlah si comel mewarna di dalamnya. Anda pasti merasa teruja dengan hasilnya.

    p/s: Bagi pembaca yang mempunya Basic H, bolehlah gunakan Basic H untuk membersihkan kotoran atau contengan tadi.

    Jom tengok hasil almari tadi setelah dibersihkan dengan Basic H. Haha, kembali berkilat seperti baru.

    Bersih dah kan, hati pun happy!

    (Visited 102 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge