• Benarkah Supplemen Shaklee Berkesan? Ini Jawapannya ~

    Baru-baru ini saya menerima satu pertanyaan daripada pelanggan. Soalannya berbunyi, betul ke Supplemen Shaklee ni berkesan? Apa bezanya Shaklee ini dengan jenama vitamin lain di pasaran?

    Sebenarnya saya sangat suka dengan soalan ini. Malah saya sendiri telah membuat kajian berkenaan perkara ini sebelum saya memilih untuk mengamalkan supplemen Shaklee.

    Supplemen Shaklee bukanlah lagi satu nama asing malah Shaklee adalah peneraju dalam industri Nutrisi di dunia dan merupakan syarikat nutrisi no 1 di US. Telah ditubuhkan sejak tahun 1956, Shaklee kini telah berusia hampir 59 tahun di pasaran. Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia juga telah disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) sebuah badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim, Malaysia. 

    Antara Sebab Kenapa saya Memilih Shaklee

    Ok, Shaklee adalah syarikat nutrisi pertama di dunia, dah 59 tahun berada di pasaran dan ianya halal. Selain itu? Apa lagi yang istimewa?

    Shaklee adalah supplemen yang selamat dan semulajadi dan ianya sentiasa berkesan. Jaminan keselamatan Shaklee ini merupakan janji atau komitmen yang diberikan oleh Shaklee kepada penggunanya di seluruh dunia. Keselamatan adalah sesuatu perkara yang sangat penting kerana tujuan kita makan supplemen adalah untuk meningkatkan kesihatan dan mengubati pelbagai penyakit. Bayangkan jika kita memilih supplemen yang mengandungi bahan merbahaya, ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menyebabkan kematian seperti yang banyak terjadi dan dilaporkan di media-media akhbar.

    Falsafah Shaklee: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam
    Keselamatan Produk Adalah Keutamaan di Shaklee

    Shaklee juga telah melakar sejarah sejak tahun 1915 dengan penemuan multivitamin pertama di dunia dan terus berkembang sehingga kini. Semua produk Shaklee telah melalui ujian klinikal dan keselamatan bertaraf antarabangsa dan satu-satunya suppplemen yang digunakan oleh NASA ke angkasa lepas. Shaklee juga merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Natural.

    Shaklee : Penemu MultiVitamin Pertama Dunia

    Ok, Shaklee Semulajadi dan Selamat. Apa pula bukti ianya berkesan?

    Jika kita tengok di dada-dada akhbar, majalah dan media sosial, setiap hari kita akan berjumpa dengan iklan produk yang biasanya berbunyi: Berkesan dan Terbukti!, namun apakah bukti untuk menyokong dakwaaan itu?

    Shaklee ada buktinya 🙂

    Shaklee mempunya lebih daripada 100 laporan saintifik di mana sebahagian besar daripadanya diterbitkan di dalam jurnal saintifik untuk rujukan para saintis. Kajian klinikal Shaklee yang lengkap boleh dirujuk di laman Klinikal Shaklee.

    Selain daripada kajian-kajian yang telah diterbitkan ini,  Shaklee juga telah bergabung dengan UC Berkely School of Public Health dalam satu kajian yang dipanggil Landmark Study untuk menilai tahap kesihatan jangkamasa panjang pengguna Shaklee. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil supplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplemen langsung berdasarkan empat penanda ini. Laporan penuh berkaitan Landmark Study ini boleh dimuat turun di laman ini.

    Hasil Keputusan Landmark Study 2007

    Kajian yang dilakukan terhadap kesihatan menunjukkan petanda baik untuk kesihatan masa depan di mana 8 daripada 10 pengguna Shaklee yang diuji menunjukkan kesihatan mereka meningkat dari Amat Baik  kepada Cemerlang.

    Penemuan Landmark Study
    Jadual di atas adalah ringkasan kepada penemuan Landmark Study. Ia menunjukkan peratusan penyakit di antara pengguna Shaklee, supplemen lain dan pengguna yang tidak mengambil apa-apa supplemen. Daripada jadual, didapati bahawa untuk kebanyakan penyakit, tidak mengambil supplemen  langsung adalah lebih selamat daripada  mengambil supplemen daripada syarikat lain. Ini membuktikan bahawa mengambil supplemen yang salah adalah lebih buruk daripada tidak mengambil apa-apa supplemen.

    Jadi adalah
    penting untuk pengguna memilih supplemen yang benar-benar selamat dan berkesan dan ini membuktikan tidak semua supplemen adalah sama.
    Kajian Pihak Ketiga oleh Dr. Gladys Block

    Sebenarnya ada banyak lagi bukti saintifik yang telah dibuktikan daripada pelbagai kajian yang lain, InsyaAllah saya akan kongsikan lagi di masa yang akan datang.

    Moga-moga entry ini dapat memberikan input kepada pengguna di luar sana yang masih ragu-ragu dengan keberkesanan dan keselamatan produk Shaklee. Apa pun, kita berusaha dan Allah yang menentukan kesembuhan untuk segalanya. Amin 🙂

    Salam Sayang

    Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!  

     

     

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    Pengedar Shaklee Malaysia
    Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567

    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 199 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Produk Shaklee

    Tags: ,

    One thought on “Benarkah Supplemen Shaklee Berkesan? Ini Jawapannya ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge