• 7 Makanan Cerahkan Kulit

    Kulit putih berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Selain penggunaan produk kecantikan dan penjagaan tubuh yang konsiten, pemilihan makanan semulajadi yang tepat dapat membantu wanita tampil cantik dan sihat. Bagi yang ingin memiliki kulit yang cerah dan gebu, jom amalkan makan tujuh jenis makanan ini. Hasilnya pasti menakjubkan.

    Tomato
    Boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam masakan ataupun dijadikan jus. Tomato mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia membantu mencerah dan mengekalkan kelembapan kulit. Amalkan pengambilan tomato pada setiap hari danianya membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari. Tomato juga mempunayi kolagen yang tinggi dan dapat mencegah kulit kendur.

    Strawberi
    Segelas jus strawberi mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Vitamin jenis ini sangat bagus untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah membantu mengekalkan keanjalan kulit. Vitamin C sangat efektif menentang tanda-tanda penuaan seperti kedutan.

    Salad
    Salad kaya dengan Vitamin A. Ia membantu meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel baru. Paling menarik, salad mengandungi kalsium yang membekalkan nutrien kepada tubuh khususnya kulit. Ia meningkatkan penyerapan oksigen dan melancarkan perjalanan darah. Kombinasi ini akan membuatkan kulit lebih sihat dan cantik.

    Epal
    Epal memang enak dimakan begitu sahaja. Ia membekalkan nutrisi penting kepada tubuh dan membantu meningkatkan tahap kesihatan. Epal mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan berfungsi melindungi kulit daripad apancaran matahari. Kulit kekal cerah dan tidak mengalami alahan.

    Soya
    Pengambilan soya secara konsisten akan membantu wanita tampal awet muda. Bukan sahaja membantu mencerahkan kulit malah khasiat yang terkandung dalam soya juga meningkatkan keanjalan kulit dan bersifat antipenuaan.

    Jus Lemon
    Selain membantu proses detoks, lemon juga membuatkan dalaman wanita cantik. Ia membersihkan secara lembut dan membuang segala kekotoran dalam tubuh. Hasilnya kulit lebih cantik, pori-pori menjadi kecil dan kulit lebih bersinar.

    Madu
    Sejak zaman dahulu, madu digunakan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan. Pengambilan madu setiap hari akan membantu meningkatakan daya ketahanan tubuh. Madu juga merawat kecantikan dari dalam. Kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan cerah.

    Wow, memang bestkan. Jadi jom kita pastikan makanan-makanan ini sentiasa ada di dalam diet harian kita. Bagi yang berminat untuk mengambil vitamin semulajadi untuk kecantikan dan kecerahan kulit pula , bolehlah cuba SR Vita C Plus dan ESP daripada Shaklee. Hasilnya memang mantap dan memuaskan hati ramai pengguna di luar sana. Anda memang tidak perlu ragu-ragu kerana vitamin ini adalah halal, selamat dan semulajadi.

     

     

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi
    (Visited 106 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge