• 9 Tips Penting Pemilihan dan Penjagaan Tuala Mandi

    Pernah tak pembaca semua beli tuala mandi yang nampak cantik tapi bila digunakan memang tak best sebab langsung tak menyerap air? Hihi, ini memang pernah terjadi sendiri pada Mek ila terutamanya pada tuala mandi hadiah yang bersulam.  Sudahnya tuala tadi hanya disimpan di dalam almari dijadikan kenangan.

    tuala mandi

    Jadi hari ini mek ila ingin berkongsi tips penting dalam memilih tuala mandi yang berkualiti dan cara-cara penjagaannya.

     Tips Pemilihan Tuala Mandi

    • Untuk keselesaan, pilih tuala yang dibuat daripada 100% kain kapas kerana ianya menyerap air.

    100

    • Pilih saiz tuala yang bersesuaian dengan keperluan. Sebagai contoh tuala muka, tuala mandi atau tuala yang digunakan untuk perjalanan (travelling).

    • Jangan hanya melihat tuala yang digantung di rak. Kena pegang, belek-belek dan rasa tekstur tuala. Tuala yang berkualiti akan nampak lebih berat berbanding rupanya – membuktikan kuasa penyerapan airnya.
    senyap

    Tips Yang Ni Tak Boleh Buat Kecuali Dengan Kebenaran Tokey Jual Towel Tau!

     

    • Ini tips yang paling mudah tapi tak boleh dibuat nanti tokey jual tuala marah : tuang sedikit air ke atas tuala. Jika air bertakung, tuala tersebut memang tidak serap air. Jika air tembus ke bawah, tuala tersebut memang serap air.

    Ok, ini untuk tips penjagaan tuala pula.

    Tips Penjagaan Tuala

    • Baca label arahan dengan teliti. Elakkan penggunaan air panas ketika membasuh tuala dan elakkan pengeringan yang berlebihan.
    • Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang disyorkan. Elakkan daripada menabur pencuci secara terus ke atas tuala.
    • Gunakan pelembut fabric (softener) sekali sekala sahaja. Jangan menuang pelembut secara terus ke atas tuala. Elakkan penggunaan pelembut yang berasaskan silicon kerana ianya akan meninggalkan kesan berlilin yang akan mengurangkan kuasa penyerapan air.

    OLYMPUS DIGITAL CAMERA

    • Asingkan basuhan tuala yang berwarna terang dengan tuala berwarna lembut terutamanya pada cucian kali pertama. Elakkan membasuh tuala dengan pakaian lain yang mempunyai zip, cangkuk atau butang bagi mengelakkan tekstur tuala berbulu atau tersangkut.
    • Sidai tuala di ampaian secara penuh untuk pengudaraan dan pengeringan yang cepat. Bilangan basuhan yang kurang akan memanjangkan jangka hayat tuala.
    • Elakkan meletak tuala yang lembab @ basah di dalam beg kerana ianya boleh menyebabkan pembiakan bakteria.

    Mek ila percaya kalau pembaca semua ikut tips-tips yang disarankan ini, pasti tuala mandi sedia ada tu boleh dipanjangkan jangka hayatnya dan digunakan bertahun-tahun lamanya, hihi.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

    (Visited 288 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags:

    2 thoughts on “9 Tips Penting Pemilihan dan Penjagaan Tuala Mandi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge